Koleksi Testimoni OsteMatrix Untuk Ibu Hamil dan Bersalin

Selamat malam semua. Malam ni Kak Put nak kongsikan sedikit feedback daripada Shaklee Lover tentang OsteMatrix. Feedback kali ini tertumpu kepada golongan ibu hamil, ibu lepas bersalin dan ibu menyusukan anak. 


1. Testimoni OsteMatrix Untuk Kejang Kaki atau Cramp




2. Testimoni OsteMatrix Untuk Sembelit



Baca Juga:
Lagi info tentang OsteMatrix Shaklee, Klik Sini.
Banyak lagi testimoni OsteMatrix Shaklee di Klik Sini.

--
Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)


Continue Reading

Promosi Shaklee Oktober 2019: OsteMatrix Shaklee

Assalamu'alaikum semua. InsyaAllah, Kak Put akan kenalkan item promosi Shaklee bagi bulan Oktober 2019. Item promosi kali ini adalah OsteMatrix. Beli 3 botol OsteMatrix akan mendapat diskaun sebanyak 5%. Untung sungguh kalau dapat beli OsteMatrix bulan ni.

Kalau hari ni (4 Oktober 2019) adalah Hari Senyum Sedunia, bulan yang sama juga terdapatnya Hari Osteoporosis Sedunia yang diraikan pada 20 Oktober setiap tahun. Menyambut baik kempen kesihatan tulang ini, Shaklee mengadakan promosi OsteMatrix untuk kesedaran bersama seiring dengan tujuan asal Hari Osteoporosis Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran global untuk mencegah, mendiagnos dan merawat osteoporosis dan penyakit tulang metabolik.


Osteoporosis merupakan satu penyakit senyap di mana tulang akan mula kehilangan mineral seperti kalsium sehingga ia menjadi rapuh dan mereput dengan mudah. Mengamalkan langkah-langkah kecil dalam menjaga tulang anda hari ini boleh memberikan banyak faedah dalam kehidupan di kemudian hari. Antara golongan yang berisiko mengalami kerapuhan tulang adalah:
  • Wanita
  • Genit
  • Orang Asia
  • Sejarah keluarga berpenyakit osteoporosis
  • Penghisap rokok
  • Pemabuk
  • Kurang aktiviti fikizal
  • Pintasan gastrik
  • Paras testosterone rendah
  • Paras tiroid tinggi

Saranan Shaklee: Dapatkan OsteMatrix Shaklee untuk kesihatan tulang anda. Pil Kalsium daripada Shaklee ini kandungannya bukanlah sekadar Kalsium semata. Banyak manfaat lain yang boleh diperoleh. Rebutlah peluang untuk mendapatkan penjimatan berganda pada bulan ini.


HARGA PROMOSI: 3 botol OsteMatrix hanya RM174 sahaja (Normal Price: RM183).
Diambil 3 biji sehari sebelum tidur. Sebotol tahan untuk satu bulan setengah penggunaan.

Untuk lebih penjimatan, Jom Jadi Ahli Shaklee!

Keistimewaan OsteMatrix Shaklee

Antara keistimewaan OsteMatrix Shaklee, diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Kita Memerlukan Lebih Daripada Kalsium untuk Tulang Yang Kuat
  • Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
  • Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
  • Boron - Membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
  • Kuprum, Zink and Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang


Selain Kalsium baik untuk tulang, OsteMatrix jugak bermanfaat untuk ibu-ibu hamil, ibu bersalin dan ibu menyusukan bagi menampung kekurangan pengambilan kalsium disamping dapat mengelakkan sembelit yang teruk, sakit-sakit belakang dan pinggang, mengurangkan masalah kaki kejang dan sebagainya.

Pelbagai Manfaat OsteMatrix Shaklee

Testimoni OsteMatrix Shaklee

Antara testimoni OsteMatrix ialah untuk mengelakkan kejang kaki semasa hamil, elak sembelit yang teruk, badan kurang sakit-sakit dan dapat tidur yang berkualiti.




Dan banyak lagi koleksi testimoni OsteMatrix yang boleh didapati di SINI.

Baca Juga:
Lagi info tentang OsteMatrix Shaklee, Klik Sini.

--
Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)


Continue Reading

6 Golongan Mudah Jatuh Sakit dan Punca-puncanya

Kenapa kita mudah jatuh sakit? Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa sesetengah orang lebih mudah jatuh sakit? Adakah kita pun termasuk dalam golongan tersebut? Berikut di senarai golongan yang mudah jatuh sakit dan punca-puncanya. 

6 golongan kerap jatuh sakit beserta punca-puncanya adalah;

1. Mereka yang Kerap Mengembara

Foto daripada Healthy Travel Blog

Pendedahan kepada kuman dari jarak yang dekat serta berada di dalam persekitaran yang tertutup, bernafas dalam udara yang sama, kesan jet lag dan keletihan daripada perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang “menghentikan” gen yang berkaitan dengan sistem imun. Ini bermaksud mereka yang kerap mengembara tidak mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penyakit seperti mereka yang kurang kerap mengembara.

Topik Berkaitan: Tips Anak Kekal Sihat Pada Musim Cuti Sekolah


2. Pesakit Ulser Mulut

Foto daripada Pickering Square Dental
Kerap dijangkiti ulser mulut merupakan salah satu tanda kekurangan nutrien tertentu yang dapat melemahkan perlindungan imun badan anda.


3. Pekerja Syif Malam

Foto daripada Job Street Philippine
Bekerja pada waktu malam akan menjejas keupayaan jam biologi badan anda untuk mengawal tindakbalas imun, menurut penyelidik di Institut Kesihatan Mental Douglas University dan McGill University. Gangguan pada jam biologi badan secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa panjang.


4. Mereka Yang Tidur Lewat

Foto daripada Understood
Adakah kurang tidur menyebabkan anda sakit? Ya, kekurangan tidur menjejaskan sistem imun, menyebabkan badan anda kurang menghasilkan sitokin - sejenis protein yang melawan jangkitan kuman, yang dihasilkan dan dibebaskan semasa tidur. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang kurang tidur lebih mudah jatuh sakit apabila terdedah kepada virus dan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.


5. Penggemar Makanan Manis

Foto daripada Mail Online
Pengambilan gula yang berlebihan mengehadkan sel-sel imun daripada melawan bakteria. Paras gula darah yang tinggi daripada biasa akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel-sel imun anda berada dalam keadaan ‘koma’. Kesan ini berterusan selama beberapa jam selepas menikmati beberapa jenis minuman dan makanan yang manis.


6. Mereka Yang Berjiwa Muda

Foto daripada Great Lakes Ledger 
Apabila umur semakin meningkat, sel-sel imun anda akan menjadi kurang aktif dan bertindak lebih lambat terhadap patogen, mendedahkan anda kepada jangkitan dan penyakit, serta mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk penyembuhan yang menyeluruh.

Bagaimana untuk kita mengelakkan diri kerap jatuh sakit? Saranan daripada Shaklee adalah;

Lindungi sistem pertahanan badan anda, secara semulajadi. Kini adalah masa untuk membina pertahanan badan anda.
  • Diformulasi untuk menjaga sistem pertahanan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi.
  • Pantas mengaktifkan perisai semulajadi anda, memberikan anda pertahanan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik.
  • Mengandungi campuran proprietari daripada empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle, yang secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan.
  • Formulasi istimewa yang hanya boleh didapati di Shaklee. Penemuan Dr. Kojima: Interferon dijumpai pada tahun 1954 oleh Dr. Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkenal di dunia, bersama rakanrakan penyelidiknya.

Baca Juga:
Lagi info tentang NutriFeron Shaklee, Klik Sini.
Mahu baca tentang feedback NutriFeron Shaklee? Klik Sini.

--

Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)


Continue Reading

5 Resepi Minuman Vivix Shaklee Yang Wajib Dinikmati, Sedap!

Cara mengambil Vivix adalah minum sesudu teh dalam sehari. Vivix boleh diambil setiap hari, sebaik-baiknya dengan hidangan seperti sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan botol Vivix sebelum mengambil hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.

Bosan dengan cara biasa mengambil Vivix setiap hari? Banyak resepi minuman Vivix yang menarik pada perkongsian kali ini. Di bawah ini kami tuliskan 5 resepi minuman Vivix luar biasa untuk anda cuba. 

1. Vivix Grape Smoothies


Resepi daripada Shaklee Malaysia di laman Facebook. Pasti sedap bersama tambahan anggur. Vivix sudah pasti daripada anggur, kira double anggur!

Bahan-bahannya:

1 cawan susu rendah lemak atau susu badam
1 cawan anggur tanpa biji
1 sudu teh Vivix
1/2 cawan yogurt wanila rendah lemak
1 cawan kiub ais

Cara-caranya:

Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan nikmatinya!

2. Vivix Papaya Smoothies


Resepi daripada Shaklee Indonesia di laman Facebook. Buah betik memmpunyai banyak manfaat kesihatan dan ia dapat dinikmati dalam apa jua bentuk. Jom, cuba kita nikmati buah betik dicampur bersama Vivix. Semakin bertambah manfaatnya :)

Bahan-bahannya:

1 sudu teh Vivix
1/2 biji buah betik
250ml air kosong
Kiub ais secukupnya

Cara-caranya:

Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan sedia untuk diminum.

3. Vivix Dragon Fruit Drink



Resepi daripada Shaklee Malaysia di laman Facebook. Warnai hujung minggu anda dengan menikmati minuman yang meningkatkan sistem imun anda ini.

Bahan-bahannya:

2 sudu teh Vivix
2 cawan buah naga
500ml air kosong sejuk

Cara-caranya:

Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.

4. Prosperous Vivix Cooler


Resepi daripada Shaklee Malaysia di laman Facebook. Jus minuman buah-buahan yang enak untuk dihidangkan kepada tetamu. Jom, ubah kepada minuman yang lebih sihat.

Bahan-bahannya:

1 cawan anggur ungu
1/2 biji oren (saiz sederhana)
1 biji pisang
2 sudu teh Vivix
1/2 limau nipis (air perahan)
3-5 kiub ais

Cara-caranya:
  • Masukkan anggur, oren dan pisang ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. 
  • Tambahkan perahan limau nipis, ais dan Vivix
  • Hias bersama beberapa hirisan oren. Sedia untuk diminum.

 5. Vivix Jingle Mocktail


Resepi daripada Shaklee Malaysia di laman Facebook. Mcktail yang segar dan sedap dinikmati ini juga boleh divariasikan dengan Vivix :)

Bahan-bahannya:

1 potong tembikai
2 limau nipis (air perahan)
1/2 cawan sparkling water
1/2 cawan air kosong
1 sudu teh Vivix
Beberapa helai daun mint
Kiub ais

Cara-caranya:
  • Kisar halus tembikai dan masukkan perahan limau nipis bersama daun mint.
  • Masukkan sprkling water, Vivix dan kiub ais.
  • Hias bersama limau nipis dan daun mint.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Jangan lupa untuk share pengalaman anda di sini.

Baca Juga:
Lagi info tentang Vivix Shaklee, Klik Sini.
Mahu baca tentang feedback Vivix Shaklee? Klik Sini.

--

Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)


Continue Reading

14 Soalan Lazim Tentang Vivix Shaklee dan Penjelasannya


Masih mempunyai persoalan tentang Vivix Shaklee? Berikut disenaraikan 14 soalan lazim tentang Vivix Shaklee yang pasti dapat membantu menjawab kemusykilan anda.


S: Apakah Vivix Shaklee?
J: Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani Anggur Muscadine, Ekstrak Eldeberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.
S: Apa yang membuatkan Vivix Shaklee berbeza dengan minuman botani yang lain di pasaran?
J: Kemajuan sains kami dan campuran proprietari berasaskan anggur muscadine - salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan tahan lasak. Anggur muscadine mengandungi polifenol lengkap yang tidak terdapat dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Di Shaklee, kami memanfaatkan kelebihan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix® menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan yang menumpukan dan mengekalkan kandungan bioaktif polifenol.


S: Apa yang membuatkan anggur Muscadine berbeza dengan anggur yang lain?
J: Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, anggur yang tahan lasak, dengan profil polifenol unik yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain anggur muscadine mempunyai kepekatan asid ellagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Anggur Muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya; profil fenolik mereka memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini.



S: Apa itu polifenol?
J: Istilah polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semula jadi yang ditemui sebahagian besarnya dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran yang mempunyai manfaat antioksida dan potensi kesan perlindungan terhadap penuaan sel. Malah, penyelidikan baru menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia.*

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Topik Berkaitan: 8 Manfaat Kesihatan Daripada Polifenol

S: Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada Vivix Shaklee?
J: Vivix® direka untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan penuaan secara sihat dan kesejahteraan. Vivix® tidak disarankan bagi wanita hamil atau menyusui atau sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah.



S: Berapa banyak Vivix Shaklee yang perlu saya ambil dalam sehari?
J: Satu sudu teh sehari.

S: Bilakah saya harus mengambil Vivix Shaklee?
J: Ambil Vivix® setiap hari, sebaik-baiknya dengan hidangan seperti sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan sebelum mengambil hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.

S: Bolehkah saya mengambil lebih daripada satu sudu teh sehari?
J: Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.


S: Bolehkah saya mengambil Vivix bersama makanan tambahan Shaklee saya yang lain?
J: Vivix® boleh diambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Secara idealnya, Vivix® akan diambil dengan Shaklee Vita-Lea® Iron Plus, ESP Soy Protein Soy Powder, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex dan OmegaGuard untuk melengkapkan keperluan pemakanan harian anda. Penggunaan semua nutrien penting ini, bersama-sama dengan polifenol dalam Vivix®, memberikan spektrum nutrisi yang meluas ke seluruh tubuh anda dan menyediakan asas untuk kehidupan yang lebih lama dan sihat.*

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

S: Adakah terdapat langkah berjaga-jaga?
J: Tidak ada interaksi yang diketahui antara Vivix® atau mana-mana ramuannya dan makanan tambahan yang lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar seseorang yang berada di bawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit atau yang mengambil preskripsi ubat, terutama ubat cair darah hendaklah membincangkan penggunaan Vivix® dengan penjaga kesihatan profesional mereka.

S: Adakah Vivix mengandungi alkohol?
J: Vivix® tidak mengandungi alkohol.


S: Adakah Vivix disahkan sebagai Halal?
J: Ya. Vivix® diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM).

*Boleh semak status ISA sebagai Foreign Halal Certification Body (FHCB) di SINI.

S: Adakah Vivix didaftarkan di bawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan)?
J: Tidak. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD).

S: Kenapa saya perlu simpan sejuk selepas dibuka?
J: Penyejukan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk.

Baca Juga:
Lagi info tentang Vivix Shaklee, Klik Sini.
Mahu baca tentang feedback Vivix Shaklee? Klik Sini.

--

Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)


Continue Reading

Gosok Baju Lebih Mudah Dengan Basic H Shaklee

Kalau orang lain gosok baju powered by steam irons, Kak Put biasa-biasa je - powered by Basic H Shaklee 😁

Idok la canggih macam steam irons, hehe. Ni untuk kurangkan rasa penat lelah gosok baju boleh la. Nak-nak baju korporat yang macam-macam ragam kedutan tu 😂

Malam tadi OT gosok baju sebab husband ada bengkel 2 hari ni. Ikutkan hari ni, Kak Put pun ada kerja luar. Terpaksa mengalah walaupun dua-dua hala tuju program yang sama. Maklum la, orang tu 'wanted' sokmo 😅

Kak Put cuma dapat tolong gosokkan baju, harap ada 'bahagian' untuk Kak Put. 👈🏻 Ayat pujuk hati sebab pagi ni masih tak boleh move on tak dapat pergi 🤧
Continue Reading

Meal Shakes Buat Saya Makin Sihat!


Ops, sorry Mama! Saya terposing kat sini la pulak 🤭

Boleh ye Mama 🤗 Nak bergambar kejap dengan botol Meal Shakes ni ha. Maklum la nanti dah keluar botol versi baru dah takde kenangan nak simpan. Baru-baru ni Abah beli sampai 3 botol Meal Shakes. Ha, amik kau!

Mama Abah kesian tau kat saya kalau terskip Meal Shakes ni. Mama saya selalu perasan, kalau skip dalam 2 minggu mesti saya tak sihat. Pernah selesema dan macam baru-baru ni, bengkak tonsil pulak 😅

Acik-acik semua, Meal Shakes bukan ubat tau. Meal Shakes ni multivitamin untuk saya yang kurang berat badan ni. Kalau nutrien tak cukup, nanti sistem imun badan saya rendah. Kalau saya tak sihat, berat saya turun lagi 😌


Itu yang Abah beli terus 3 botol tu. Hehe. Ikhtiar Mama Abah untuk saya kekal sihat dan membesar dengan baik. Berat saya dah banyak improvement walaupun idok la saya gemuk kan. 😁

Sape yang pernah follow cerita saya dari kecik, mesti tau kenape saya amik Meal Shakes. Dari baby, sangat kurang berat badan dan food intake pun memang sikit.

Dulu masa baby, hospital bekalkan multivitamin dan stop masa umur setahun lebih. Doktor kata lepas ni kena beli sendiri 😊

Doktor saya cakap, "Walaupun berat anak tidak naik, teruskan bagi multivitamin supaya nutrien masih dibekalkan"


Alhamdulillah, satu perkara yang Mama sangat bersyukur adalah walaupun 'tidak sihat' di atas kad kesihatan, saya sentiasa sihat, jarang demam dan sakit yang berat 🤗

Dengan menghadkan pengambilan susu, prestasi makanan solid juga semakin baik. Alhamdulillah dah pandai pilih kuah, dah kenal ayam, kenal telur dan banyak perkembangan yang baik walaupun tidak lah mendadak mara menuju puncak 😆.

Sampai hari ni Mama masih top up Meal Shakes dalam susu saya supaya dapat cover lompang-lompang nutrisi. Tambahan pulak saya ni tak suka makan ikan dan sayur. Tapi keropok lekor, keropok ikan saya makan. Orang Tranung kang 😆

Nak cerita pasal saya ni banyak lagi. Ada banyak cerita di sebalik cerita ini, contohnya kenapa saya "takut" pegang makanan. Bukan saja-saja saya tak makan tau. Nanti saya tulis kat muka surat baru pulak ye. Tunggu.. 😄

#CeriteraSalahuddin

Kawan-kawan nak merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik SINI untuk hubungi Mama ya :)
Continue Reading