Ramadhan: Susu Ibu Tidak Akan Kering


Kali ini, Put adalah salah seorang ibu di Malaysia yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadhan ini. Tipu kalau tak timbul sedikit kegusaran sebab khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

Lepas 'google' dan baca, baru Put tau penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan. Maka, tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.

Tips Mengekalkan Pengeluaran Susu Badan Di Bulan Ramadhan

1) Elakkan Tertekan
Put akui sendiri, pernah tertekan bila susu menunjukkan tanda2 merudum. Tapi kita harus ingat, kita tak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan. 

Ni dok pikir, "boleh ke puasa", "..penatnya..", macam2 lah merungut.. Maka..merosotlah penghasilan susu. Bukan kerana ibadah puasa tersebut, malah sebaliknya kerana stres yang dialami oleh kita sebagai ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, kita perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.

2) Jangan Lupa Bersahur
Sahur. Jangan skip atau abaikan makan waktu sahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh kita sepanjang hari, macam sarapan pagi; bekala tenaga sepanjang hari.

Kita seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehinggalah waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh kita akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu.

Kalau menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3) Jangan Putus Asa
Mind set perlu diperbetulkan sebelum puasa bulan Ramadhan lagi. Sekarang sebut, "Saya boleh menyusukan anak". Jangan pulak awal2 dah ragu2 dan tak yakin. Pastu disebabkan di hari pertama puasa tak cukup simpan stok, kita dah mengurangkan aktiviti mengepam hari berikutnya. Jangan berhenti mengepam, jangan putus asa!

4) Teruskan 'Supply-Demand'
Terdapat satu hormon yang dinamakan Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payudara ibu. FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

So, WAJIB susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali ye..atau pam lebih kerap berbanding kebiasaan lagi baik.

5) Berlatih Sejak Syaaban
Kenape kita perlu berlatih dari bulan Syaaban? Mestila kan..nanti badan terkejut, zap sekali tetiba puasa kan. Lain la puasa tak perlu menyusukan anak..huhu.. Kalau masuk Ramadhan baru nak berlatih, silap2 minggu pertama tu tak dapat nak puasa..huhu..

Boleh mula berlatih pada dua minggu terakhir Syaaban. Boleh mula kurangkan makan tengahari tetapi lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Rujukan: Kosmo

Apakah produk Shaklee yang dapat membantu?


✿ ESP/Meal Shakes - Memberi tenaga seharian serta mengenyangkan dalam tempoh yang lama
✿ Performance - Mengurangkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan)
✿ Alfalfa Complex - 'Milk Booster'; membantu dalam menggalakkan penghasilan susu badan

Usah gusar, usah bimbang..kita berusaha dan mohonlah daripada Allah supaya ada rezeki buat anak2.. Kalau tak berpuasa pun, tak de masalah.. Islam tidak pernah melarang, malah rukhsah kepada ibu2 yang menyusukan anak, tetapi kalau masih berdaya untuk menunaikan puasa juga tidak salah, dipersilakan ;)

Put ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Risiko Kekurangan Berat Badan?

Selalu orang kecoh tentang nak kurus kan? Tapi tak bermakna orang kurus itu sihat..kerana jika terlebih kurus pun ada risiko2 nya..seperti kekurangan nutrisi yag boleh menyebabkan masalah2 lai seperti sakit pinggang dan sebagaimya. Mari kita telaah sedikit tentang masalah kurang berat badan.

Apa Definisi Kurang Berat Badan?
Individu yang mempunyai berat badan 15-20% kurang bagi ketinggian atau umur (Krause, 2000).
Ukuran IJT atau indeks jisim tubuh juga boleh digunapakai untuk penentuan kekurangan berat badan. Yakni, individu yang memiliki IJT kurang dari 18.5 dikategorikan dalam golongan kekurangan berat badan.

Punca Kekurangan Berat Badan?
Sebahagian faktor adalah di sebabkan masalah fizikal dan sebahagian lagi berpunca dari masalah psikologikall. Berikut antara punca penurunan berat badan:

1) Penyakit
Individu yang berpenyakit akan menyebabkan penurunan berat badan dan seterusnya mengalami masalah kekurangan berat badan jika tidak mendapat rawatan sewajarnya. Antara penyakit yang sering dikaitkan ialah hipertiroidisma, kanser, batuk kering, kencing manis dan HIV atau AIDS. Keadaan berpenyakit melibatkan keperluan tenaga meningkat tetapi simptom atau kesan dari penyakit menyebabkan badan pesakit tidak mampu menampung keperluan tenaga yang tinggi. Antara kesan atau simptom yang berkaitan ialah kekurangan selera makan, peningkatan kadar metabolisma, keletihan, ulser mulut, masalah pencernaan dan sebagainya.

2) Faktor Psikologi
Antara masalah psikologi yang sememangnya membawa kepada masalah berat badan ialah aneroksia dan bulimia. Tetapi, masalah psikologi seperti kemurungan lebih kerap berlaku dan menyebabkan individu mengalami kekurangan selera makan, keletihan, tidur sepanjang hari dan sebagainya. Tetapi tidak dinafikan, individu yang mengalami kemurungan juga akan mengalami kenaikan berat badan apabila mereka melampiaskan tekanan mereka dengan makan secara berlebih-lebihan.

3) Ubat-Ubatan
Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan penurunan berat badan seperti ubat penahan, ubat penghalang penyerapan lemak atau menghalang metabolisma karbohidrat atau protein. Terdapat juga ubat yang memberi kesan sampingan seperti kekurangan selera makan, muntah, loya, cirit-birit dan sebagainya.

4) Senaman Berlebihan
Individu yang mengamalkan senaman berlebihan tanpa diseimbangi dengan keperluan tenaga yang sewajarnya akan mengalami penurunan berat badan. Para atlet adalah individu yang berkencenderungan mengalami masalah berat badan akibat menjalani latihan sukan secara berlebihan.

5) Kekurangan Enzim
Kekurangan enzim pencernaan dan penyerapan akan mengganggu proses pencernaan dan penyerapan nutrisi makanan dan seterusnya menyebabkan gangguan pada berat badan.

6) Faktor Genetik
Tidak dinafikan faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu faktor penting. Ini kerana genetik akan melibatkan cara atau kadar tubuh kita bertindak dan salah satunya ialah kadar metabolisma. Tidak hairanlah, apabila kita lihat kecenderungan ibu bapa yang kurus untuk mendapat anak yang juga kurus lebih tinggi berbanding ibu bapa yang bertubuh besar. Tetapi, tidak dinafikan juga faktor persekitaran dan didikan dalam keluarga memainkan peranan yang besar dalam melahirkan keluarga bertubuh ideal.


Risiko Kekurangan Berat Badan?
Risiko kekurangan berat badan berkaitan dengan kekurangan pengambilan nutrien, jadi kekurangan ini akan menyebabkan gangguan berdasarkan jenis kekurangan yang dialami. Sebagai contoh, akibat kurang pengambilan makanan tinggi kalsium dan nutrien penting lain, individu akan mengalami kondisi tulang rapuh. Risiko lain pula seperti sistem imuniti yang rendah dan ketidaksuburan. Semua ini sedikit sebanyak akibat dari kekurangan pengambilan kalori dan nutrien bagi menampung keperluan fungsi tubuh.

Jadi, tidak kira apa faktor masalah yang menjadi punca kekurangan berat badan. Gol atau tujuan penyelesaian ialah untuk menyeimbangkan pengambilan dan penggunaan kalori. Untuk menaikkan berat badan, kalori yang diambil mestilah lebih dari penggunaan. Jadi, tip utama ialah meningkatkan pengambilan kalori harian.

Caranya??

1) Tambah Kuantiti Makanan
Mungkin susah untuk kita mengira kalori yang biasa diambil. Tetapi lebih senang untuk kita menambah kuantiti atau porsi makanan yang diambil. Sebagai contoh, kebiasaan kita hanya mengambil sesenduk nasi, mungkin sebagai langkah awal kita menambah sesenduk lagi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 75kalori tambahan. 

Contoh lain, jika kita selalu mengambil roti sekeping bersama sesudu tuna, mungkin kita perlu menambah setengah sudu lagi bagi menambahkan nilai kalori dan protein.
Tidak perlu untuk menambah nasi sehingga dua pinggan jika luar dari kebiasaan dan seperti memaksa tubuh, tubuh kita juga memerlukan tempoh penyesuaian. Jadi, tambah porsi makanan secara berperingkat.

2) Tambah Waktu Makan
Jika kebiasaan kita makan 3 kali sehari jadikan 6 kali sehari. Bermakna, 3 menu utama mesti diambil iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Selebihnya ialah waktu snek. Dengan cara menambah waktu makan, kita tidak perlu memaksa diri memakan dalam kuantiti yang banyak untuk mencapai keperluan kalori harian dalam satu masa. Tetapi, kita membahagi keperluan kalori dengan masa yang ditetapkan, dan yang penting ialah DISIPLIN. 

Rasa berat atau terbeban untuk makan snek? Senang! Pastikan anda sediakan snek sihat dalam beg kerja, pantri pejabat, stor atau peti sejuk di rumah bahkan dalam kereta. Alah bisa tegal biasa.

3) Makan Sedikit Tapi Kerap.
Tip ini adalah gabungan dua tip diatas. Senang cerita, pilih makanan utama dan snek yang sihat, kuantiti makanan yang termampu tapi tidak berlebihan, disiplin waktu makan utama, dan makan snek sihat secara kerap.

4) Tambah Kalori Makanan Secara Sihat
Tidak semestinya kita perlu memilih makanan yang tinggi dengan gula, lemak tepu dan garam. Anda tetap perlu makan secara sihat, tambahan kalori boleh dicapai dengan menambah matjerin, mentega kacang, keju, telur, tuna atau sardin pada roti sandwic. Juga boleh ditambah, dengan memasukkan minyak zaitun pada salad atau mayonis pada hirisan buah-buahan.

Kalori juga boleh ditambah dengan penggambilan susu, jus buah-buahan, yogurt dan sebagainya sebagai minuman.

5) Kurangkan Pengambilan Makanan Ringan
Ya! Makanan ringan kaya dengan kalori tetapi ia juga kaya dengan lemak tepu, gula, garam dan bahan tambahan lain. Anda tidak perlu mengambil makanan ringan semata-mata untuk menambah kalori harian. Sentiasa mencari alternatif makanan sihat yang kaya dengan nutrien. Anda tidak mahu menjadi orang yang berbadan langsing tetapi tinggi kolestrol darah, bukan?

6) Teruskan Bersenam
Mungkin ada antara kita yang takut untuk bersenam kerana percaya akan mengurangkan lagi berat badan. Kenaikan berat badan memerlukan penggunaan tenaga yang kurang, ya! Tidak dinafikan, tetapi bersenam akan menyihatkan tubuh badan, meningkatkan selera makan serta komposisi otot dalam badan terutamanya senaman angkat berat. Secara tidak langsung, bersenam juga akan membantu kenaikan berat badan. Dengan syarat, jangan berlebihan dan makan secara seimbang.

7) Suplemen Jika Perlu
Ada individu yang cuba mengambil supplemen protein untuk menambah otot. Tetapi, berhati-hati kerana terdapat produk yang mengandungi bahan terlarang dan memudaratkan kesihatan.
Anda perlu berusaha secara sihat sebelum mengambil langkah alternatif seperti pengambilan supplemen. Dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil mana-mana supplemen.

8) Banyakkan Bersabar
Seperti individu yang ingin menurunkan berat badan, individu yang hendak menaikkan berat badan juga perlu bersabar, berdisiplin dan istiqamah dalam mencari dan melaksanakan penyelesaian masalah berat badan.

Credits: Tanya Dietitian

--
Shaklee juga menyediakan beberapa vitamin dan suplemen yang dapat membantu menaikkan berat badan.


Vita-Lea - Lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral
B-Complex - Boleh meningkatkan selera makan kerana terdapatnya B1 (Thiamine) yang mampu memperbaiki selera makan.
Meal Shakes - Sumber protein penting sebab protein bantu badan bina sel untuk tambah berat badan.

Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Ekzema dan Shaklee Meal Shakes





Ekzema bukan lagi satu penyakit asing bagi kita. Berbagai kaedah rawatan telah digunakan seperti penggunaan antihistamin, losyen pelembab, krim steroid, antibiotik dan sebagainya. Terdapat juga kaedah alternatif seperti ubatan herba Cina dan juga homoepati. Kebanyakan rawatan hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Antara produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan masalah ini ialah :

Meal Shakes mampu mengurangkan masalah ekzema dengan membantu membaik pulih sel sel badan agar sihat dan sempurna. Pesakit ekzema lazimnya mengalami pertumbuhan sel sel abnormal. Jadi, pengambilan Meal Shakes dapat membantu menghasilkan sel yang lebih sihat dan normal. Jika diamalkan secara konsisten, insyaAllah memang ada yang pulih sepenuhnya. Meal Shakes yang lengkap dengam multivitamin, protin, kalsium dan serat boleh diambil bermula dari kanak kanak setahun hingga dewasa. Sumber Meal Shakes adalah susu lembu.


OmegaGuard meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru paru serta jantung. Dengan kelebihan meningkat sistem imun ini OmegaGuard dapat membaiki alahan kulit pesakit ekzema. EPA dan DHA dari omega guard juga mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi. Emosi yang tidak terkawal juga merupakan faktor utama ekzema. Sumber OmegaGuard Shaklee adalah dari laut dalam iaitu ikan sardin, mackerel, herring dan anchovies. Penyelidikan lanjut mengenai ikan laut sejuk menunjukkan, ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah dan merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan. 

Vita-E Complex Shaklee adalah 400iu mengandungi sumber semulajadi vitamin E d alpha tocopheryl dan d alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dari minyak soya organik, minyak biji gandum, minyak safflower, bayam dan badam. Vitamin E mempunyai kehebatan dalam memperbaiki parut. Memandangkan dos adalah untuk orang dewas, kapsul vitamin E boleh dipecahkan dan disapu pada luka dan kesan ekzema. InsyaAllah kesan ekzema akan cepat pulih dan parut semakin hilang. 




Herbal Blend pula multipurpose cream yang cepat kering, nyaman, bermentol dan tidak melekit. Jadi kanak-kanak lebih selesa dan memberi kelegaan. Krim ni menenangkan dan melembutkan kulit yang kasar termasuklah lutut, siku, tumit dan kesan ekzema. Herbal blend diperbuat dari sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Jadi pengguna harus juga waspada pada alahan sumber asas semua produk yang dicadangkan supaya hasilnya menakjubkan dan tidak mengecewakan.



Credits: Ida Khairani

Pengambilan Suplemen Shaklee Mengikut Peringkat Umur

1. Bayi
Ibu yang menyusukan bayi yang mengalami masalah ekzema boleh ambil Meal Shakes/ESP dan OmegaGuard. Selain bagus untuk ibu, bayi juga terima secara tidak langsung melalui  susu ibu.
Herbal Blend dan Vita-E juga boleh disapu kepada tempat yang berlaku ekzema.

2. Kanak-kanak
OmegaGuard boleh diberikan kepada kanak-kanak 1/2 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema.
Mealshake juga boleh diberikan untuk baiki kulit yang rosak dan berparut. Herbal Blend dan Vita-E juga boleh disapu kepada tempat yang berlaku ekzema.

3. Remaja dan Dewasa
Dicadangkan kesemua suplemen di atas dan boleh ditambah dengan Alfalfa kerana Alfalfa kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti ekzema.

Tidak semestinya diambil kesemua yang dicadangkan..boleh dipilih mengikut bajet dan keperluan individu ;)

Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Apa itu Ekzema?

Salam buat semua pembaca blog Put ;). Semenjak promo Meal Shakes bulan ni, Put kerap diajukan soalan berkenaan ekzema, "ekzema sesuai tak amik Meal Shakes?". InsyaAllah, boleh dan boleh mengurangkan masalah ekzema. InsyaAllah. Berikutan Put tak pernah ada pengalaman anak-anak mengalami ekzema, Put telah pun membaca beberapa entry dan juga website berkaitan ekzema ni.

Apa itu ekzema?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema? 

  • Keturunan. 
  • Bukan alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus. 
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar. 
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti infeksi virus, bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi dan lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?


Ekzema kelihatan seperti:
  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara dan penjagaan untuk mengendalikan masalah ekzema?
  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Continue Reading

Keperluan DHA Semasa Hamil

Pening jugak dulu bila orang tanya kenape masa mengandung kena ambik suplemen OmegaGuard.. sebab tau jawab "untuk perkembangan otak bayi"..hehe.. Mak Put pun tanya, "Kalau tak ambik ni tak de otak ke?" Huhu.. Soalan yang menguji kefahaman..hehe.. Ni Put ada baca-baca, jumpa la Q&A ni.. Jom rungkaikan persoalan mengapa kita perlukan Omega-3 semasa hamil dan bilakah ianya perlu?

Soalan:
Isteri saya sedang hamil anak sulung. Dia disarankan mengambil dietary supplement berbentuk kapsul yang mengandungi minyak ikan, DHA, EPA, AA dan OA di samping vitamin rutin untuk ibu hamil. Benarkah suplemen tersebut dapat mempengaruhi pertumbuhan otak bayi dan boleh menjadikannya lebih bijak selepas lahir?
Effendi Mohamad, Melaka

Jawapan:
Asid lemak omega-3 seperti DHA dijumpai dalam membran sel tubuh. Walau bagaimanapun konsentrasinya didapati lebih tinggi dan paling penting untuk fungsi otak, mata dan saraf. Ia penting semasa kehamilan ketika otak, mata dan saraf janin sedang berkembang.
Janin bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk khasiat yang diperlukan. Dengan itu, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi DHA dan asid-asid lemak perlu lain yang mencukupi iuntuk menyokong perkembangan otak dan mata bayi yang optimum.
Pengambilan makanan yang berkhasiat semasa kehamilan dan penyusuan memberi kesan positif kepada kehidupan kanak-kanak di kemudian hari. Ada kajian yang menunjukkan bahawa ibu yang mengamalkan pengambilan DHA yang mencukupi semasa kehamilan dan penyusuan memberi kesan positif dalam pembelajaran.
DHA paling diperlukan semasa trimester ketiga (minggu 28 – 40) kehamilan apabila perkembangan otak janin berada di puncak tetapi ia boleh dimulakan sebaik sahaja keadaan janin stabil iaitu trimester kedua (minggu 13 – 27).
Sebarang kekurangan khasiat semasa trimester kedua juga boleh memberi kesan kepada susu ibu selepas bayi dilahirkan. Pengambilan suplemen yang mengandungi asid lemak perlu seperti yang terkandung dalam minyak ikan tuna boleh diteruskan sepanjang tempoh penyusuan bayi.
Sumber Asal: Website Pa&Ma

Dalam produk Shaklee terdapat satu suplemen yang dinamakan Shaklee OmegaGuard. Merupakan suplemen bersumber minyak ikan yang terbaik di dunia. OmegaGuard mempunyai rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. DHA penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.
Berminat? Boleh hubungi Put melalui maklumat perhubungan di bawah.
Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

7 Sebab Mengapa Pilih Shaklee Meal Shakes

Alhamdulillah..sampai juga akhirnya stok Shaklee Meal Shakes petang tadi.. Dah geledah kotak, Put biarkan anak Ke-3 Put 'kira' cukup tak Meal Shakes yang sampai..hehe.. Bukan Syahmi ye yang consume Meal Shakes..tapi abang dan kakak Syahmi.. Amri dan 'Aina dah 5 bulan consume Shaklee.. Dulu kain sapu tangan memang sentiasa ada di mana2..dalam kereta, dalam beg, dalam umah..sebelah tv..ntah la..kerap dan tempoh yang lama selesema nyer..huhu..ambik ubat dah berbotol tapi masih selesema.. Sejak consume Meal Shakes..dah jarang lagi kejar2 'Aina ngan Amri suruh lap hingus..diorang pun dah boring kot, diorang biar je..huhu.. Sekarang Alhamdulillah.. dah jarang selesema, kalau selesema pun 1-2hari je, pastu dah ok..

"..Dah cukup Mama.."
Ramai yang dah kenal Meal Shakes, tapi sejauh mana kita kenal Meal Shakes..jom Put kasi kenal rapat ngan Meal Shakes..hehe

Makanan Segera, Tanpa Curiga
Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glisemik.

  • Sediakan vitamin dan mineral penting - nutrien asas untuk anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah
Apa yang membezakan Shaklee Meal Shakes dengan yang lain?
Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap  ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi (setahun dan ke atas sahaja) hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Mengapa Pilih Shaklee Meal Shakes??

Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat besi. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh
Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

Membantu Tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

Anti-Oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

Mengembalikan Seri Wajah
Mengandungi vitamin B yag lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
Kelazatan Rasanya
Minuman yang lazat untuk diambil bersama friktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


Wah..terasa nak rembat Meal Shakea? Apa lagi..calling2..WhatsApp2 pun boleh.. Jom paka borong Meal Shakes..promo sekali je setahun.. Jangan lupe ajak kawan2 opis, jiran untuk share beli Meal Shakes ;)

Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Promosi Jun 2013: Shaklee Meal Shakes

Wah..dah bersarang blog Put ni..huhu.. Ini kali mau kasi comei sikit ya..hehe... Mentang2 bulan ni promosi best..hehe.. Ape item promo bulan ni?? Eh..eh..buat2 tanya pulak ek.. tadaaaaaaaaaa... Shaklee Meal Shakes.. Mesti ibu2 di luar sana tertunggu2 bila la nak promo Meal Shakes kan? Betul tak? Berapa RM? Ha...mesti runtuh giler2..beli 6 percuma satu tu..ape lagi..PM laju2..nak lagi laju WhatsApp saja..hehe..



Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]

Shaklee ID: 913006

Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli 
  • Hidangan segera untuk para atlet 
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa 
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading