Ibu Hamil: Suplemen Boleh Makan dan Tak Boleh Makan

As-Salam semua.. Bila tengok kawan2 mengandung lagi, rasa teringin lak nak mengandung sama..hehe.. Bukan apa, best sangat masa mengandung..dilayan seperti permaisuri..apa nak semua dapat. Best kan? Tapi dulu Put tak best time makan supleme dan minum susu..susah bebenor, siap kena paksa ngan suami. Itu dulu la..sekarang sendiri mau ingat. Anak masih menyusu, mesti kena konsisten makan makanan berkhasiat dan suplemen tak tinggal. Alhamdulillah 5 Oktober depan, genap lah anak ketiga Put berumur setahun. Macam tak percaya dah menyusukan dia hampir setahun rupanya..


Dulu masa ngandungkan anak ke-2 dan ke-3 baru Put belajar makan suplemen..hehe..gara2 badan sangat lemah dan tak bertenaga. Kenape kita perlu amik suplemen dan vitamin sepanjang kehamilan? Antara seba utama adalah untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi, jadi ibu hamil memerlukan kepeluan nutrien lebih daripada biasa. Suplemen yang perlu oleh ibu hamil adalah seperti multivitamin, asid folik (dicadangkan sepanjang trimester pertama untuk mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural), zat besi dan kalsium. Bila mengandung, tentunya proses perubahan fizikal dan hormon membuatkan perubahan daripada ketahanan fizikal dan emosi, masa ni la kita perlukan multivitamin. Sama sekali tidak menyebabkan kita gemuk atau saiz baby besar.

Selain itu, pengambilan asid lemak penting seperti Omega 3, Omega 6, DHA dan EPA juga penting untuk menjadikan bayi dalam kandungan bijak dan hebat. Bagaimana? Ia akan membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan, pembentukan secara optimum sel-sel otak, sel-sel otak ini akan bantu fungsi otak untuk memori, fokus dan pembelajaran bila bayi dah lahir nanti.

Itu antara suplemen dan vitamin yang kita boleh amalkan..bagaimana pulak yang tak boleh amalkan semasa mengandung? Ada erk..mesti ada kan..antaranya ialah vitamin A (dalam bentuk retinol) dan GLA (Gamma Linolecic Acid). Vitamin A dalam bentul retinol ia kemungkinan akan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati. GLA pulak akan menyebabkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Bagaimana Shaklee turut dapat membantu ibu hamil? Dapatkan suplemen cadangan dari kami iaitu Vita-Lea (multivitamin), B-Complex, Chew Vita-C, OsteMatrix (kalsium) dan OmegaGuard. Kesimpulannya, suplemen dan vitamin sangat penting untuk ibu hamil tapi......jangan lupa..ianya hanya suplemen, pemakanan yang sihat turut perlu diamalkan secara berterusan..


Rujukan: Hasil Pembacaan Artikel "Suplemen Agar Anak Hebat", Majalah Pa&Ma Oktober 2013
Continue Reading

Tak Nak Tulang Rapuh Tua Esok!

Alhamdulillah..2 bulan lepas genap umur Put 28 tahun.. Ops..masa ni la kepadatan tulang akan menurun. Macamana ni..huhu..sebab susah sangat nak minum susu..dari baby lagi mak cakap Put ni jenis tak minum susu..hehe.. Itu kisah lama, sejak jadi seorang ibu, Put memang dah pandai minum susu..susu kambing pun Put pandai minum tau..sedap..lemak berkrim..hehe.. Masa mengandung memang En. Suami paksa Put minum susu. Alhamdulillah..punya suami yang prihatin dan penyayang.. Put pernah buat ujian ketumpatan tulang, Alhamdulillah..masih normal. Bagaimana keadaan tulang kita selepas ini?


Semakin berusia, wanita seperti Put dan rakan2 akan mengalami penurunan kepadatan tulang dan kita perlu tahu bahawa Osteoporisis semakin meningkat seiring pertambahan umur. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, 51.8% daripada wanita bandar dalam lingkungan usia menopaus (50 tahun ke atas) mengalami kerapuhan tulang yag sederhana.

Perbandingan ketumpatan tulang normal (atas) dan tulang penghidap osteoporisis.
Lepas baca satu artikel, (Put baca dalam surat khabar Utusan Malaysia  9 April 2013, "Wanita Menopaus Tulang Rapuh") baru Put tau yang tulang manusia ni sentiasa melalui proses pembaharuan dan pembentukan semula rupanya. Bila kita dah berumur 30 tahun, masa ni tulang akan mengalami pembaharuan dan pembentukan berbanding rapuh. Tapi..dari semasa ke semasa akan berlaku keretakan pada tulang dan menyebabkan potensi menghidap osteoporosis semakin tinggi. Bahaya ooo..sebab osteoporosis ni penyakit yang kita tak sedar, so lebih baik kita ambil langkah pencegahan.

Antara individu yang berpotensi adalah umur makin meningkat, kurang berat badan, ada sejarah keluarga yang rapuh tulang, kurang kalsium dan kandungan vitamin D dalam badan pada tahap yang rendah. Wanita menopaus pulak lebih risiko untuk menghidap osteoporosis sebab hormon estrogen yang makin berkurang.

Baki membantu kita dihari tua, Shaklee ada menawarkan suplemen kalsium yang dinamakan Ostematrix. Bukan sekadar kalsium ya, juga punya vitamin D dan magnesium. Sangat sesuai untuk kesihatan tulang, ibu mengandung dan ibu menyusukan anak.


Istimewakan OsteMatrix ni!! Nak tau lebih boleh klik sini.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

CoQ10 Bekal Tenaga Untuk Jantung

Salam semua..jom uji paru-paru kita..hehe..tarik nafas.....fuh..hehe...cemana nak uji jantung kita? Jantung masing2 sihat ke?? Sape tak kenal pembunuh no satu di kalangan rakyat Malaysia? Pastu pulak 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser???? Lain tak bukan penyakit kardiovaskular! Bukan Put cakap ye, ini Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia yang cakap. Lagi satu yang kita perlu tau, 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular ni...macam sakit jantung dan strok. Ni pun bukan Put yang cakap, ni Put petik dari laporan Oganisasi Kesihatan Dunia. Macamana nak hindari penyakit ni?? Kebanyakan pakar kesihatan cadangkan kita tingkatkan amalan gaya hidup yang sihat macam diet seimbang, tidak merokok, dan yang penting jaga berat badan..BMI mau cantik.. Sebab..berat badan yang obesiti berisiko untuk mengidap pelbagai penyakit tau..seram tu.. Selain tu, ada juga yang cadangkan pengambilan suplemen kesihatan seperti Coenzyme 10 (CoQ10) yang sangat baik untuk kesihatan jantung kita.

Apa ek Coenzyme 10 (CoQ10) tu?
CoQ10 ni sejenis zat makanan larut lemak yang ada dalam tubuh badan kita secara semulajadi, dan ada pada setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Tapi dia banyak dalam organ2 penting, ala..organ2 yang berkerja keras dan guna tenaga selullar yang banyak untuk berfungsi macam jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Sel-sel dalam tubuh kita pulak menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi dengan cara membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien dari makanan tadi akan terurai dan tukar kepada tenaga, dan proses ini memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ni akan berulang beribu kali dalam setiap saat untuk membolehkan jantung berdegup dan sekaligus organ lain pu berfungsi. Kesimpulannya, tanpa CoQ10 maka sel-sel tak dapat hasilkan tenaga dan organ lain pun tak dapat berfungsi dengan baik.. Pentingkan CoQ10 ni?


Jom kita tengok, cemana CoQ10 ni baik untuk jantung..antara kepentingannya adalah:
  • Dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung,
  • Menyokong keupayaan mengepam darah,
  • Memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh,
  • Menyokong pertalian antara saluran darah (paras tekanan darah akan sihat/normal),
  • Bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu arteri (menangani masalah pengoksidaan LDL dan memudahkan pengaliran darah,
Semua ini membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapa Banyak Tubuh Kita Perlukan  CoQ10?

Sehari kita perlukan sebanyak 10mg CoQ10 sehari, tapi kalau kita semak balik pemakanan kita, agak2 cukup tak pengambilan sehari? Kalau rujuk jadual kat sebelah, memang tak cukup, nak-nak pulak keupayaan badan menghasilkan CoQ10 ni menurun berikutan peningkatan usia. Paling tinggi masa kita umur 20tahun, lepas akan menurun dalam 20tahun selepas tu.. bayangkan masa umur 40 tahun, badan kita mampu hasilkan 68.2% daripada jumlah masa umur kita 20tahun.


Selain tu, faktor pemakanan yang tak seimbang, pendedahan terhadap radikal bebas, penggunaan ubat rendahkan kolesterol, boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam badan kita. Jadi..pengambilan suplemen boleh bantu ;)


Mana Nak Cari Suplemen Ni? 
Hehe.. Shaklee ada, keluaran lain pun ada..tapi Put sarankan Shaklee CoQHealth™ Plus.. Kenapa perlu pilih Shaklee..hehe..sebab CoQHealth™ Plus ni ada kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak Teh Hijau lagi tau..duk dalam kapsul minyak kacang soya untuk potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. Cara makan nyer pun senang, sehari sebiji je amik selepas makan. Sebotol tahan sebulan.
Apa istimewa sangat ek CoQHealth™ Plus berbanding suplemen CoQ10 dari brand lain? Ha..meh nak bagitau;
  • Satu kapsul CoQ10 ni ada 28mg, so kalau nak cari daripada makanan lain, sama macam kita makan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli. Sanggup nak makan? Hehe..tak sanggup Put.. Mau sehari sekor ayam nak kena makan..gemuk pulak nanti..
  • Vitamin E dalam CoQHealth™ Plus ni bukan sesaje je letak..CoQ10 tolong vitamin E ni kekalkan keupayaan antioksidan, so dapatla vitamin E ni berperanan secara berterusan..
  • Ekstrak Teh Hijau lak mengandungi procyannidins, yang mana dapat bantu menyokong kesihatan endothelium (endothelium ni lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)
  • Istimewa Shaklee tentulah dari sumber semulajadi, kalau CoQ10 Shaklee melalui kaedah penapaian yis. Yis yang ditapai ni telah diuji dan diyakini mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • Satu lagi, CoQHealth™ Plus ni tanpa gluten ya.
So, sekarang kita dah faham apa itu CoQ10 dan keperluannya.. Kalau tak faham, boleh tanya Put lagi ye.

Rujukan:












Amaran: Jauhi daripada kanak-kanak. Bagi perempuan mengandung, menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan drah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya.


Info & Tempahan:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Promosi September 2013: Shaklee CoQHealth™ Plus


Alhamdulillah...promo kali ini SAYANGI JANTUNG anda!

Rata2 kenal CoQ10 ni untuk kesihatan jantung.. untuk pencegahan penyakit kardiovascular, termasuk arterosklerosis (arteri tersumbat), menguatkan otot jantung..

Selain jantung? CoQ10 manfaat..

>> Untuk Kanser; pesakit kanser payudara dan merupakan kesihatan sokongan pesakit kometerapi

>> Penyakit Gusi; merawat gejala distrofi otot dan penyakit gusi

>> Kesihatan Mental; manfaat kepada pengidap Parkinson

>> Rawatan Obesiti; boleh mengurangkan berat badan dan juga rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik

>> Kesuburan; membantu meningkatkan jumlah sperma dan kesuburan lelaki

Info dan Tempahan:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

CoQHealth™ Plus

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk Info & Tempahan:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading