Kisah Shaklee Effect Saya

Alhamdulillah..malam ni berkesempatan untuk berkongsi #shakleeeffect dari saya. Minggu lepas Put ada kongsikan tentang ESP vs Cinch Shake kan? Lupe nak kongsi perubahan berbentuk gambar selepas mencuba ESP + Cinch Shake. Zaman persembahkan gambar kan..hehe.. Saksikan..jeng..jeng..jeng..

Zaman Kegemilangan Put..Hahaha
Sebenarnya Put sendiri tak berapa percaya..hehe..yela..tak de la bersungguh amik untuk terus kurus..sebab nak focus penyusuan ibu untuk Syahmi je dulu.. Tup..tup..turun banyak la jugak..10kg tu..bukan sedikit..walaupun dalam tempoh yang lama jugak la, BMI pun masih belum normal..hehe..

Mungkin tak nampak sangat perbezaan pada wajah Put. Gambar keseluruhan badan yg sesuai tiada dalam koleksi utk tunjuk perbezaan loss weight Put. Maklumla, malu nak tengok gambar sendiri yang 'comel'. Hehe

Gambar 1
--------------
- Masa ni baru 30 hari melahirkan anak ke-3.
- Baru mencuba set berpantang Shaklee
- Berat masih kekal seperti berat sebelum mengandung.

Gambar 2
--------------
- Setelah menyusukan anak 4 bulan dengan bantuan set penyusuan Shaklee
- Berjinak dengan set diet Shaklee

Gambar 3
--------------
- Setelah setahun lebih menjadi pencinta Shaklee

Antara produk Shaklee yang buat Put jatuh cinta:
- ESP
- Alfalfa Complex
- OmegaGuard
- OsteMatrix
- Cinch Shake (Cafe Latte)
- SR Vita-C
- B-Complex

Berat sekarang? Hehe..jangan tanya..sekarang terlebih sudah.. Sebab ada berat ‘bersama’ dan terdapat keculasan dalam pemakanan sejak Ramadhan yang lalu. Terlebih rajin duk dapur..hehe. Insya-Allah jika masih ada rezeki, tengah tahun depan (bulan puasa ke) kita mulakan semula. Kali ni nak bersungguh! Dah nampak kesannya, tak kan la tak nak amik peluang. Betul tak?

p/s: Pastinya Put akan setia meneruskan pengambilan vitamin/suplemen Shaklee walaupun berat Put tidak akan menurun dalam masa terdekat ini..hehe.. Berat ‘bersama’? Apa tu? Boleh personal WhatsApp Put ya kalau nak tau lebih lanjut..hehe

Kepada sahabat2 yang nak mencuba, boleh hubungi Put ya. WhatsApp 019-326 5417.
Continue Reading

Dilema Nak Pilih ESP atau Cinch Shake??

Put baru je ceraikan susu ibu daripada Syahmi. Alhamdulillah, setelah 2 tahun.. Pengalaman lepas sebagai ibu menyusu, Put juga ambil suplemen Shaklee untuk turunkan berat badan. Walaupun tidak berniat untuk turun secara mendadak, Put dapat rasakan keberkesanan produk Shaklee terutama ESP dan Cinch Shake.

Mulanya Put hanya mengambil set menyusu iaitu Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa Complex, OsteMatrix dan ESP. Sepanjang penggunaan, Put perasan kalau tertinggal untuk mengambil ESP, penghasilan susu ibu juga menurun. Sejak tu..ESP wajib ada dalam rumah.

Keinginan untuk menurunkan berat badan adalah keinginan semua wanita. Sedikit sebanyak Put juga tertarik dengan testimoni OmegaGuard dan Cinch Shake.

Alhamdulillah..nampak keberkesanannya walaupun Put tak la konsisten mengamalkannya. Put mengambil ESP + Cinch Shakes untuk satu hidangan. Jumlah berat dari 83kg menurun sehingga 73kg. Alhamdulillah..

Ramai yang bertanya,

1- Apa beza ESP dan Cinch Shakes?
2- Boleh ke ambik kedua²nya?
3- Yang mana lebih berkesan?

Kenapa Put pilih ESP + Cinch?
Put kan masih menyusu masa tu, dalam masa yang sama teringin nak turunkan berat badan. Jadi untuk dapatkan kedua²nya, Put ambik je.

Antara sebabnya adalah:

1- Cinch Shake diformulasi khas untuk program turunkan berat badan
2- Cinch Shake lengkap untuk ganti satu hidangan makanan kerana lengkap dengan vitamin dan mineral.
3- Cinch Shake tinggi kandungan serat; 6gm serat setiap hidangan.
4- Terdapat protin sehingga 24gm setiap hidangan; memang kenyang. Kalau ESP hanya 14gm je.

Cara Put, satu scoop Cinch Shake + satu sudu besar ESP + air kosong 350ml pastu goncangkan. Put amalkan untuk sarapan dan makan malam. Biasanya makan malam la..sarapan jarang.

Boleh ke ambik kedua²nya?
Boleh..tak ada masalah..cuma Put kurangkan dos Cinch Shake. Sepatutnya 2 scoop, Put ambik satu je sebab tambah lagi satu sudu besar ESP.

Yang mana berkesan?
Bagi Put keberkesanan adalah bergantung kepada displin dan kesungguhan. Ada je yang kurang berat badan dengan ESP sahaja..tanpa Cinch Shakes. Janji konsisten dan berdisplin. InsyaAllah berjaya.

Satu lagi perlu ingat bahawa, proses penurunan berat badan akan terganggu kalau tidak cukup nutrisi keperluan harian. Cinch Shake memberikan 35% atau lebih nilai harian kpd 21 vitamin mineral tau. Jadi sepanjang program, jaga makan dan jaga kesihatan.

Put yang tak konsisten pun boleh turun 10kg..apatah lagi kalau anda konsisten. Bayangkan...hehe

Selamat mencuba :)

Untuk Info & Pertanyaan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417

Continue Reading

Jom Buat Homemade Face Mask

Gambar Sekadar Hiasan
Masa zaman sekolah dulu rajin la jugak buat masker ngan daun pegaga. Daun pegaga tu kisar dan campur bedak sejuk sikit. Apalagi pastu tempek la kat muka. Lepas sapu tu memang gatal betul sementara masker nak kering. Tapi lepas basuh muka, best sangat rasa macam bersih bersei gitu. Tu cerita masa tingkatan 4. Sekarang ni kalau nak gantikan pegaga ni, boleh juga kalau nak gunakan Shaklee Alfalfa Complex.. Amik 2-3 biji ngan bedak sejuk, pastu letak air sikit..dah kembang je Alfalfa tu, sapu la kat muka. Sape yang pernah buat, share la kat sini. Lidah buaya tu lak, lagi senang..masa tu duk asrama, ada kawan bawak dari kampung. Satu batang lidah buaya tu boleh pakai banyak kali..patahkan sikit, pastu koyak kulitnya amik lendir lidah buaya tu sapu ke muka hingga rata. Memang merenyam rasa gatal muka kita. Tak pe..kejap je..pastu rasa la keserian muka anda..hehe

Seumur hidup tak pernah beli plain yogurt. Ada sekali tu beli plain yogurt sebab nak buat masker ngan SCP semata-mata..hehe.. Baru mencuba sekali, sedap pegang pipi lepas basuh. Tapi Put malas nak bancuh2, nak sapu2.. Last2, Put minum je..

Ada beberapa kategori individu yang digalakkan untuk membuat masker SCP ni;

1- Ibu yang mengandung
2- Bajet kecil, buat masker boleh jimat 4-6kali
3- Tidak tahan bau hanyir ikan


Jom cuba! Anda hanya perlu sediakan;


  • 1 sudu ESP
  • 1 sudu Yogurt Plain
  • 1/4 sachet SCP


Cara-caranya mudah je, macam buat masker lain jugak..

1- Masukkan kesemua bahan tadi dan sedikit air untuk bancuhan. Kacau hingga sebati.
2- Sebelum itu, basuh muka terlebih dahulu, air suam lebih baik.
3- Sapukan masker pada wajah dan biarkan hampir kering (jangan biar sampai kering)
4- Basuh muka anda dengan air suam dan lap hingga kering dengan tuala bersih.

Dah...siap! Nikmati sendiri rasa bestnya muka bila buat masker.. Dan jangan lupa kongsikan dengan Put ya!

--
Dapatkan infomasi lanjut,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahhmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

6 Sebab Mengapa Pilih Shaklee Collagen Powder

Kolagen? Apakah sebenarnya kolagen? Sebelum mengenali Shaklee, Put sememangnya tak pernah ambil tahu tentang kesihatan dan kecantikan. Pada mulanya, menyangka bahawa kolagen ni hanya untuk kecantikan semata-mata. Tanggapan Put meleset sama sekali. Tahukah anda bahawa kolagen membentuk 90% protein matriks tulang-tulang dan dua pertiga dewasa tulang rawan artikular. Oleh itu, kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang anda dan sesendi dan akan menyebabkan tulang-tulang lemah dan sendi kaku. Terkejut bukan?

Apakah Kolagen?
Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda. Kesimpulannya, kolagen adalah protein semulajadi untuk kulit kekal muda.

Perbezaan Muda dan Tua
Mengapa Perlu Suplemen Kolagen?
Ketika umur mencecah 25 tahun, tubuh akan mula kehilangan kolagen sebanyak 1.5% setiap tahun. Jika anda tidak berusaha untuk mengekalkannya di dalam badan seperti pengambilan kolagen atau suplemen tambahan, tidak mustahil kulit lebih cepat mengalami pengenduran, kedutan dan kurang anjal (Majalah Rapi, keluaran 1 Januari 2014, m/s 32). Sehingga usia 45 tahun, badan dijangka kehilangan 30 peratus daripada kolagen semulajadi (Majalah Rapi, keluaran 15 Jun 2014, m/s 33). Pemakanan seharian tidak mencukupi untuk membekalkan kolagen. Jadi di situlah kepentingan makanan tambahan untuk menggantikan kolagen yang hilang atau istilah lain ‘top-up’.

Jom Kenali Shaklee Collagen Powder (SCP)!


Sesuai dengan tagline SCP “Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan”, SCP merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen binatang.

Selain itu, terdapat enam (6) lagi bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Mengapa Pilih Shaklee Collagen Powder?
Shaklee Collagen Powder adalah pilihan terbaik! Bagaimana Put sangat yakin yang SCP ni suplemen kolagen terbaik? Ha..tentulah ada justifikasi dan berdasarkan kriteria tertentu. Put telah merujuk kepada salah satu artikel yang telah melampirkan “Tips Memilih Kolagen”. (Majalah Rapi, keluaran 15 Jun 2014, m/s 34).

Pilih dalam bentuk minuman atau kapsul berbanding dengan kolagen yang disuntik. Ini bagi memastikan sintesis enzim diserap secara maksimum ke dalam tubuh badan.
SCP: Shaklee menghasilkan suplemen kolagen berbentuk minuman yang mudah larut dengan minuman atau makanan kegemaran anda. Lebih menarik adalah SCP disediakan dalam bentuk sachet, mudah untuk dibawa kemana2 pada bila2 masa sahaja.


Pilih saiz kolagen sekurang-kurangnya 1000 Dalton dan ke bawah. Rata-rata saiz kolagen di pasaran adalah di antara 2000-5000 Dalton. Saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dari segi penyerapan yang optimum serta kesan yang lebih cepat.


SCP: Kolagen yang terdapat di dalam SCP merupakan kolagen bermolekul sangat ringan, kira2 1,000 Dalton di mana badan berupaya menyerap dengan mudah dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
*Dalton adalah unit berat molekul

Pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh memberikan kelembapan yang berpanjangan.
SCP: Salah satu bahan utama yang terdapat dalam SCP adalah ekstrak biji benih Camellia Japonica. Ia mempunyai asid Oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

Memilih kolagen yang mempunyai sumber vitamin B-Complex dapat membantu proses pembentukan kolagen semulajadi di dalam badan.
SCP: Dalam SCP turut mengandungi vitamin2 B seperti B2 & B6. Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

Pilih kolagen mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic kerana ia membantu menegangkan kulit. Ia berfungsi untuk mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
SCP: Terdapat Ekstrak Pfaffia (juga dikenali sebagai ginseng Brazil) yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata. SCP turut mempunyai elastin dari kolagen ikan. Elastin memainkan peranan untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan awal penuaan.
SCP: Shaklee mengelaskan 3 fungsi utama yang terdapat dalam SCP iaitu penghidratan, antioksidan dan keanjalan. Antioksidan yang terdapat dalam SCP adalah vitamin C (turut menggalakkan pengeluaran kolagen yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita) dan vitamin B2 & B6 (seperti dijelaskan pada perkara no. 4 di atas).

Kesan & Faedah Mengambil Kolagen
Kesan? Hehe..gurau aja, tentunya kesan positif dan manfaat yang kita peroleh selepas mengamalkan kolagen secara konsisten. Antaranya;

1- Anti penuaan: Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan

2- Menghidrat: Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka

3- Mengembalikan keanjalan kulit: Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan

4- Melicinkan: Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit

5- Menyubur: Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar

6- Mencerah: Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit

7- Menegang: Membantu menegang dan menganjalkan payudara

BONUS! Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang serta membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Terbukti Berkesan!
Insya-Allah, berkesan. Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.



Testimoni Pengguna Shaklee Collagen Powder

Testimoni 1: Menggunakan SCP selama 2minggu.


Testimoni 1: Menggunakan SCP selama 6minggu.


Teruja kan bila tengok testimoni ni. Dari penuh jeragat kepada kulit yang FLAWLESS! Makin cerah pulak tu! Jom grab Collagen Shaklee bulan ni sementara ada PROMO ni! Masa ni lah nak cuba, kan? :)

--
Untuk Info & Tempahan:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Takut Hendak Bersalin?

Assalam semua.. 2-3 hari lepas topik hangat dalam group telegram sekolah Put bercerita tentang pengalaman bersalin. Cerita pasal takut nak bersalin, kaedah2 mengurangkan sakit..dan tak terlepas juga pengalaman ibu2 yang bersalin pelbagai cara.. Ingatkan ibu baru je yang takut nak bersalin, rupanya yang dah anak 2-3org pun masih takut nak bersalin. Yang fobia dengan kelahiran lepas pun ada. Macam Put jugak, kalau dikenangkan kesakitan bersalin anak ke-2 memang tak mau dah bersalin..kih.kih..sedar2 dah ada anak 3org sekarang..

Kesempatan tu Put pun selak la beberapa majalah dan buku2 yang ada kat umah. Jumpa la majalah Pa&Ma. Punca takut bersalin ni bukan apa..pasai sakit ja kan..betui dak? hehe..maaf la terkeluar loghat Kedah pulak. Kesakitan akibat kontraksi memang tak boleh digambarkan. Untuk kurangkan sakit ni, ada 3 kaedah yang disarankan mengikut kondisi kesakitan.

Suntikan Narkotik
Ha..suntikan Narkotik ni la yang cucuk kat punggung tu (sapa2 yang ingat la..kadang tu tak ingat apa dah time sakit). Kandungan suntikan ni adalah pethidine yang digabung bersama maxalon (ubat lawan muntah). Sangat sesuai untuk ibu yang cemas. Suntikan ni la jugak buat kita mengantuk. La..patutla..pakat2 cerita mengantuk dan tidur selepas sahaja bersalin...hehe..ingatkan tenaga dah habis..sebab lain jugak rupanya.

Epidural
Epidural ni suntikan jugak. Tapi suntikan di bahagian tulang belakang. Antara faktor2 yang disarankan mengambil epidural adalah:

1- ibu tak tahan sakit
2- proses kelahiran terlalu panjang
3- mengalami tekanan darah tinggi
4- pernah lahirkan kembar (caesarean)

Suntikan Epidural
Bagusnya suntikan ni sebab tak sakit tapi bimbang jugak menganggu proses meneran dan akan menyeabkan risiko penggunaan vakum atau forsep untuk mengeluarkan bayi. Ada jugak orang cerita, kesannya nanti sakit tulang belakang.

Perbezaan Kelahiran Vakum dan Forsep
Etonox
Kaedah ini menggunakan topeng bergas nitrus oksida dan oksigen. Ibu perlu menghidu gas sepanjang proses kelairan kerana ubat ini akan bertahan 1minit jadi kena sentiasa disedut gasnya. Gas ni kena sedut betul2, kalau tak menjadi. Kalau yang ok, lepas 15saat dah boleh rasa kesannya.

Topeng Gas Etonox Di Pasang
Pilihan lah ikut keperluan dan cadangan doktor. Lain anak, lain ragam, lain sakitnya. Semoga bermanfaat buat semua.

Nota asal: Pa&Ma Disember 2008
Continue Reading

Tukang Urut Dah Tak Da Kerja Sekarang!!

Assalam semua.. Apa khabar?? Wah..cerita tukang urut pulak.. hehe. Yela...dulu ada tukang urut part time kat umah Put.. Sape tukang urut tu? Sape lagi kalau bukan suami Put sendiri..hehe.. Alkisah dulu selalu sangat sakit kepala dan sakit pinggang.. Kalau tak kerjanya urut kepala, urut pinggang.. Kalau tak urut pinggang, urut kepala. Sakit kepala ni memang dari zaman belajar dulu kala..selalu sangat sampai doktor penah bagi ubat migrain. Haish..kena makan hari2.. Kalau tak makan ubat, sakit datang balik. Malas punya hal.bior je..tapi suami jadi mangsa nak kena urut kepala..sakit yang sampai tarik2 rambut tu. Rasa nak letak kepala kat sebelah..hehe.. Sakit pinggang lain cerita pulak.. Basuh baju ke, basuh pinggan ke..mesti sakit pinggang..padahal tunduk2 sikit je.. Satu lagi..selalu sangat kaki kejang..nak2 kalau musim hujan atau banyak jalan2.. Terpikir juga..sebab dulu Put tak amalkan susu kot..masa mengandung pun suami yang uruskan sesi minum susu..hehe.. Sayang suami Put.. Siap bancuh tu..tunggu minum je..hehe

Sampai la kenal ngan Shaklee.. Tak perasan pun sebab Put amik suplemen Shaklee untuk milk booster..masa tu nak bersalin kat anak ke-3 Put, Syahmi. Dah lama amik tu baru perasan.. Dah lama tak sakit kepala, dah lama tak sakit pinggang.. Masa tu Put amik set penuh untuk penyusuan terdiri daripada Vita-lea, B-Complex, Alfalfa Complex, OsteMatrix dan ESP. Cuba la baca sana, baca sini... Ooo..sebab Put amik B-Complex + OsteMatrix rupanya.. Patut la dah lama tak sakit kepala..tak sakit pinggang..dan......dah lama tak kejang kaki.. Dulu sokmo jerit tengah malam..rasa nak sepak dinding bila kejang..hahaha.. Sekarang kalau nak travel dah tak susah hati..nak pusing2 expo pun boleh...

Kesian tukang urut, dah tak de kerja dah sekarang...hehe.. Tapi kalau nak manja2, hulur gak kepala nak suh picit2..hehe..konon pening..penat..
Erm..tenangnya bila ada yang tolong urut.

Pernah jugak cuba tinggalkan OsteMatrix dan B-Complex.. Kononnya nak buat eksperimen la.. Put cuba tak ambik OsteMatrix + B-Complex masa travel.. Banyak kali jugak cuba..memang sakit pinggang dan lenguh2 tu datang..huhu.. Sejak tu dah tak boleh tinggal OsteMatrix + B-Complex.. Sayang giler.. teman kesihatan la katakan...hehe...

Selain itu, kekurangan kalsium turut menyumbang kepada sakit2 otot dan saraf.
Apa kandungan dalam OsteMatrix dan B-Complex ni sampai boleh mengurangkan sakit kepala, sakit pinggang, lenguh2 dan kekejangan kaki ni??


Ini la rupa Shaklee B-Complex dan OsteMatrix
Sakit pinggang mungkin ramai yang maklum puncanya adalah kekurangan kalsium. Nak2 yang jenis tak minum susu kan. Ibu hamil dan ibu menyusu, jangan lupa untuk ambil kalsium secukupnya. Kalau gigi rongak, jangan tanya tau..hehe.. Begitu jugak kekejangan kaki, sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium. OsteMatrix adalah pil kalsium dari Shaklee. Bukan sekadar kalsium, lengkap termasuk vitamin D dan Magnesium. Bacaan lanjut tentang keistimewaan OsteMatrix Shaklee boleh KLIK SINI.

Put tak kata, buku yang kata..hehe

Tubuh kita memerlukan beberapa vitamin dan mineral untuk mengekalkan sistem saraf kita. Sistem saraflah yang bertanggungjawab kepada terjadinya sakit kepala atau migrain. Menurut pembacaan saya selain Kalsium, Riboflavin dan B-6, beserta dengan vitamin D and magnesium, menurut kajian dapat menggurangkan kekerapan berlakunya migrain.

Riboflavin (B-2)
  • Riboflavin atau vitamin B-2 adalah salah satu vitamin daripada lapan vitamin B-complex.
  • Menurut kajian, riboflavin dapat membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan ianya juga membantu mengekalkan kesihatan sistem saraf.
  • Dengan pengambilan 400 milligrams setiap hari, Riboflavin dapat mengurangkan kekerapan dan jangkamasa migrain sebanyak 1.5 pengurangan.
  • Namun, kajian masih lagi dibuat mengenai bagaimana Riboflavin membantu menghilangkan migrain.
Vitamin B-6
  • Tubuh badan memerlukan vitamin B-6 or pyridoxine untuk membentuk neurotransmitters serotonin and norepinephrine.
  • Ia juga memelihara kesihatan 'myelin sheath' iaitu satu lapisan yang melindungi sistem saraf kita.
  • Mereka yang selalu mengalami Migraine selalunya mempunyai neurotransmitters pada level yang rendah. Kekurangan ini dapat dibaiki dengan pengambilan tambahan B-6.
  • Kerosakan pada 'myelin sheath' and saraf yang disebabkan oleh kekurangan B-6 deficiency boleh menyebabkan sakit kepala.
  • Oleh sebab itu mengambil supplement B-6 dapat membantu mengurangkan sakit kepala.
Vitamin D
  • Menurut the American Headache Society, lebih kurang 40% daripada mereka yang mengalami migraine yang teruk telah menunjukkan kekurangan vitamin D dalam tubuh badan mereka.
  • Vitamin D merupakan satu vitamin yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila cahaya matahari menembusi kulit kita.
  • Dalam kajian mereka, didapati pengambilan supplemen vitamin D telah menunjukkan respon yang positif. Supplemen ini juga tidak menyebabkan kesan-kesan negatif.
  • Vitamin ini tidaklah efektif sangat dalam menggurangkan kesakitan migrain tetapi ianya serba sedikit dapat membantu.
Magnesium
  • Magnesium, adalah sejenis mineral yang mempunyai pelbagai fungsi dalam tubuh badan kita.
  • Ini termasuklah membantu dalam proses impuls saraf. Pengidap migrain secara tipikal mempunyai level magnesium pada sel yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalami masalah migrain.
  • Oleh yang demikian, dengan meningkatkan pengambilan magnesium dapat menggurangkan migrain. Pengambilan Magnesium sebanyak 600 milligrams sehari dapat membantu. 
Nota: Kredit untuk bacaan tambahan boleh klik DI SINI atau DI SINI.

---------------------------------------

Amalkan pengambilan B-Complexdan OsteMatrix, insyaAllah migrain akan berkurangan di samping masalah lain turut berkurang seperti sakit pinggang, kekejangan kaki, kaki kebas2, lenguh2, sakit otot, dan dapat mengurangkan masalah sembelit. Sembelit? Mesti tertanya kan? Dalam OsteMatrix kan ada Magnesium, Magnesium akan menyerap air pada usus (janji pengambilan air cukup), jadi mudah la usus nak menolak najis keluar.

Hanya 2 botol ini, anda akan peroleh pelbagai manfaat lain secara tidak langsung. Sebab tu Put sayang gila B-Complex dan OsteMatrix ni. Nak dapatkan manfaat yang sama macam Put? Cepat2 mesej Put ya.

Untuk Tempahan & Info,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Tips Sebelum Tidur

Assalamu'alaikum sahabat handai..

Renggangkan tangan..kaki..penat bekerja kan.. Semoga seharian penat bekerja bersama redhaNya.. Ameen.. Dah pukul 1 pagi rupanya..

Sebelum tido, ape nak buat? Atau hanya sekadar tarik bantal sebelum tidur? Untuk jadi orang yg punya cita2 tinggi sama ada dunia atau akhirat, kita mesti lihat semula perjalanan seharian tadi dan kita perlu punya perancangan untuk esok.

Sebelum tidur..lihat balik sepanjang perjalanan siang tadi..

- adakah kita ikut perancangan semalam? Jika tidak, mengapa? Esok perbaiki.
- bagaimana amalan kita sebagai hamba Allah? Solat diawal waktu atau tidak?

Apabila menyedari kesilapan siang tadi, sekurang2nya kita bernekad untuk berubah lebih baik keesokan hari. Mind set penting!

Apa yang biasa Put buat sebelum tidur:

- Apa yg dah dikongsikan hari ini? Ilmu, harta, atau masa? Kongsi kerana apa?
- Berapa banyak kita berkongsi?
- Senaraikan apa yang nak buat esok.
- Dah pikir apa yang nak dikongsikan esok.
- Sebelum pejam, pikir yg indah dan baik utk esok. Like attract like!
- Ayat Kursi, 3 Qul, 2 kalimah syahadah, Al-Fatihah untuk Mak Abah..semoga tidur kita tenang..

Semoga bermanfaat ;)

Continue Reading

Testimoni CarotoMax: Silau Kurang, Penglihatan Baik



Assalamu'alaikum semua.. Put nak share testimoni pengguna CarotoMax.. Alhamdulillah bermanfaat kepada penggunanya.. Yang ada masalah mata bersilau, rabun dan slaput mata..boleh la cuba CarotoMax.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

CarotoMax®


Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena,lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik. *
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. *
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream




  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Performance® Maximum



Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Tips Tumit Tanpa Rekahan


Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Faktor Penyebab
√ Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.

√ Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.

√ Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.

√ Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.

√ Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.

√ Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Sumber: Mingguan Wanita

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.


Tips Tumit Licin

√ Kemarau2 ni badan kita mudah dehidrasi, so kena minum air secukupnya. Bukan cukup je, malah kena lebih2 lagi.. Paling baik, campur Performance sikit dalam minuman kita. Performance akan melambatkan pengeluaran air dalam badan. Sebab tu Performance bagus diambil sepanjang bulan puasa.

√ Kekalkan berat badan ideal..hehe..jangan jadi macam saya. Dah la kulit kering, berat badan berlebihan lak tu.. Tengah turunkan berat badan tak selesai lagi ni..hehe..

√ Urut kaki (terutama kat tumit) dengan losyen, minyak atau krim khas. Saya guna Shaklee Herbal Blend. Selain dapat melembap dan melembutkan kulit, urut2 ni at least dapatla melancarkan perjalanan darah pada kaki..kaki pun boleh rehat sikit..tak gitu?

p/s: Kalau bajet besar, cuba Shaklee Collagen Powder, try sekotak.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Zinc Complex vs Ikan Haruan

Bila teringat sup ikan haruan terliuq aih..sedap tu.. Kalau buat gulai ikan ni ngan ubi kemili (ada orang panggei ubi keling)..pergh..sedap..nak pulak masak dalam periuk tanah..rempah pulak rempah giling sendiri..tak terucap dek kata2..

Kali terakhir makan ikan ni masa beranak kat Syahmi setahun yang lalu.. Tak semua orang suka makan ikan haruan ni kan..tak lalu la..macam badan ulaq la..hihi..so cemana nak sembuhkan luka ni???

Hihi..cari lah Put..telan sebiji Zinc Complex sehari sekali, selesai masalah. Kalau teruskan pengambilan selepas berpantang, BONUS >> rambut kurang gugur ;)


SUP IKAN HARUAN

Resepi ini sangat berguna kerana dapat menyembuhkan luka dalaman.

Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 2 orang

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan haruan
3 tangkai daun sup | dihiris
3 biji bawang besar | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
30 gm halia | dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 liter air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK
--------------------
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, lada hitam dan garam.
4. Setelah ikan masak, angkat dan taburkan hirisan daun sup

Sumber: Majalah Rasa
Continue Reading

8 Tips Tingkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan


√ Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang2nya 4 kali seminggu.

√ Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu,limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

√ Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

√ Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

√ Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok, dan budu serta potongan buah-buahan segar.

√ Elak meminum teh, kopi atau susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

√ Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

√ Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Sumber: Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Johor Bahru
Continue Reading

Vita-Lea® Iron Formula


Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Continue Reading

Promosi Januari 2014: Shaklee Alfalfa Complex

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Alhamdulillah kita sudahpun berada di tahun baru 2014. Rasanya tidak terlewat untuk Put ucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua pembaca blog ini. Genap sudah setahun Put bersama Shaklee.. Alhamdulillah.. Semoga semakin sihat dan dapat membantu kalian di luar sana untuk turut sihat. Amin..

Bulan Januari 2014 ini, Shaklee mengadakan promosi untuk produk Alfalfa Complex untuk kedua-dua saiz iaitu Large dan Small. Botol Large mengandungi 700 biji, manakala botol Small mengandungi 330 biji.
Pastinya Large bottle lebih jimat :). Apa, nak beli satu botol je? Hehehe..PM la Put..insyaAllah ada best price tau!

Apa yang best tentang Alfalfa ni? Kenapa RAMAI YANG JATUH CINTA DENGAN ALFALFA ni?

Apa Khasiat Alfalfa?

Sebut Alfalfa je terbayang banyakkan susu, tak pun terbayangkan ni suplemen untuk gegurl.. No..no.. Khasiat Alfalfa lebih dari tu tau, kalau tak tak dapat la gelaran "Father of All Foods". Antara khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

  1. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  2. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  3. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (Alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  4. Memberi kelegaan semasa haid.
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat asma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita
  12. Membesar dan menegangkan payudara
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  14. Memulihkan urat selepas bersalin
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)

Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

Note: Pesakit SLE dan juga ibu yang menyusukan anak G6PD pengambilan ALfafa Complex tidak dibenarkan.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading

Alfalfa Complex


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Continue Reading