Homemade Kek Lapis Sarawak

Sedapnya dapat makan kek lapis Sarawak. Teringat masa buat kajian penyelidikan kat Sarawak. Pusing satu Sarawak, Kuching - Sibu - Mukah - Miri - Kuching. Pengalaman yang tak dapat dibeli, pengalaman naik bot dari Sibu ke Mukah. Sebelum balik ke Semenanjung, beli kek lapis Sarawak banyak2. Hehe. Saya beli Kek Lapis Dayang Salhah dulu.

Minggu lepas, jiran Mak kat kampung ada anjur demo masak. Menu kali ni Kek Lapis Sarawak. Tekun belajar dari awal sampai habis. Balik rumah teringat2 sedap sangat kek lapis tu. Sangat mudah menyediakannya, satu persatu cikgu ajar. Rasa macam nak buat sekarang tapi tak cukup bahan.

Cikgu Na mula beraksi memasukkan 15biji telur 
Kenalkan, Cikgu Na dari Umie Hadie Culinary. Berasal daripada Terengganu tetapi dah 12 tahun menetap di Kedah. Sleng Terengganu masih ada walaupun dah pandai cakap Kedah :). Dia selalu buat demo2 ni untuk beberapa program anjuran luar.
Tak sabar gak nak kongsi dengan semua. Jom!

Bahan (A)
15 biji Telur Putih + Kuning **Gred B atau C
300gm Tepung Superfine atau Tepung Gandum diayak 2kali
250gm Gula Kastor/Halus  **200gm
1 sudu besar Ovelate **penuh bumbu atau saiz yang dadih kecik

Bahan (B)
2 ketul atau 500gm Mentega **jenama Twin Cow (Murah tapi lemak)
1/2 tin Susu Pekat Manis atau 5 sudu Kaya
**susu jenama Marigold
**kalau kaya, boleh jugak satu bekas kaya Gardeniar

**masa demo

Resepi asal yang diberi oleh Cikgu Na
Cara2nya:
1. Campurkan Bahan (A) dan pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksimum. Kemudian, masukkan Bahan (B) dan putar  dalam masa 1 min.
*setiap putaran 1-2min sahaja, tak boleh lama nanti kek akan jadi berminyak
*boleh letak esen, Cikgu Na letak esen pandan 1 penutup botol esen.
*keluarkan mentega lebih awal supaya tempoh memutar tidak lama

2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Pilih warna yang terang2 seperti hijau, kuning dan ungu. Untuk warna ungu (lapisan ke 3), masukkan 50gm serbuk untuk memberi kelainan rasa.
*gunakan pewarna jenis cecair yang dijual di kedai bahan kek

3. Setelah semua tersedia, tuangkan 3 senduk warna kuning ke dalam loyang (9" x 9").
*sapukan mentega pada loyang, kemudian debukan pada loyag
*gunakan lebihan mentega pada bungkusan mentega, jimat :)
*pastikan setiap lapisan adalah sama, 3 senduk

4. Bakar dengan suhu 250°C dalam tempoh 5min sahaja atau sehingga nampak kekuningan pada permukaan kek.
*panaskan oven terlebih dahulu seperti biasa
*gunakan api atas dan bawah untuk lapisan 1 dan 2
*gunakan api atas sahaja untuk lapisan ke 3 dan seterusnya

5. Keluarkan loyang, perhatikan permukaan lapisan kek. Didapati terdapat gelembung angin dan jugak permukaan kelihatan kekuningan (macam warna karat). Tekan permukaan kek menggunakan penekan kek supaya angin dikeluarkan.
*lapisan kekuningan tu akan menghasilkan satu garisan yg jelas selepas kek dipotong

6. Teruskan untuk lapisan2 berikutnya sehingga habis adunan. Selepas selesai membakar, sejukkan selama 6jam supaya lapisan2 tadi melekat dengan baik.
*boleh tengok gambar demo, lapisan terbuka dan tidak melekat dengan baik

7. Sedia untuk dihidangkan. :)
*tahan selama 2minggu di luar, 2-3bulan di dalam peti sejuk

Terus terliur..hehe
Masa mula2 dengar Mak bagitau ada demo, perkara pertama yang terlintas di minda "sempat ke buat, kan lambat". Saya membayangkan betapa susahnya nak buat kek lapis. Alhamdulillah, hasil demo ni membuatkan minda saya terbuka. Mudah je rupanya. Walaupun tak 100% seperti Kek Lapis Sarawak, sekurang2nya ianya mudah untuk saya dan suri rumah lain sediakan untuk keluarga. Bukan murah tau! Air tangan ibu dan isteri ;)

Selamat mencuba ye! Kalau rajin, buat lah selalu. Mana la tau, dah mahir nanti boleh buat jual pulak. Bisnes dari rumah :)

p/s: Khusyuk sampai terlepas nak ambil gambar banyak2.

Continue Reading

Cara Menjadi Ahli Shaklee


Sebenarnya saya baru balik bercuti, Family Trip sebelah keluarga mertua. Tak jauh, dekat je Bukit Gambang Resort City kat Pahang. Ramai jugak sebab sebelah suami ada 10orang adik beradik. Memang meriah sebab 6 beradik dah berkawen. Masa perjalanan nak ke sana tetiba2 ada yang bertanya macamana nak jadi ahli Shaklee.

Ada sesiapa lagi yang masih kurang jelas? Boleh baca sini ye.

Untuk menjadi ahli Shaklee, ada 2 pilihan;

Pilihan 1: Berbayar

Yuran Pendaftaran RM 65.00 (Tidak termasuk kos pos Kit Keahlian RM10)
Anda akan dapat Kit Keahlian yang mengandungi:

- Buku Product Info
- Business Manual
- Senarai Harga
- Opportunity Kit
- Shaklee Difference
- Landmark Study

Saya akan uruskan pendaftaran anda :)


Pilihan 2: Keahlian Percuma

Beli mana-mana produk Shaklee pilihan anda berjumlah 200uv (200point) berharga sekitar RM 680 untuk mendapatkan Keahlian Percuma!

Anda akan dapat Kit Keahlian yang mengandungi:

- Buku Product Info
- Business Manual
- Senarai Harga
- Opportunity Kit
- Shaklee Difference
- Landmark Study

Saya akan uruskan pendaftaran keahlian anda secara online untuk kali pertama pembelian produk.


Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

1. Membeli dengan harga harga yang lebih rendah!

- PENJIMATAN 15%-20% dari harga runcit.
- Setiap pembelian produk mempunyai points (UV).

2. Sistem online yang boleh diakses 24 jam! Atau masih boleh membeli melalui saya. UV akan ditransfer ke akaun anda.

Login menggunakan ID anda (no keahlian) di website www.shaklee2u.com.my untuk

- Membuat pembelian
- Mendaftar ahli baru di bawah anda
- Semak points (UV) terkumpul semasa anda
- Semak BONUS bulanan anda

Semuanya di hujung jari! Sekali Klik!

3. Keahlian seumur hidup bersama pasangan

Keahlian seumur hidup. Hanya perbaharui RM30, setiap tahun untuk kekalkan keahlian dan menerima manfaat keahlian Shaklee.

Satu ID untuk suami dan isteri kerana Shaklee adalah bisnes keluarga :)

*keahlian terbatal sekiranya 2 tahun tidak membuat sebarang pembelian.


Menjana Income bersama Shaklee
Seronok untuk berkongsi kelebihan dan kesan mengamalkan Shaklee? Dalam masa yang sama, anda boleh menjana income 2angka dan lebih mengikut kehendak anda.

1. Anda boleh bermula bila-bila masa! Tiada istilah perlu tunggu hari yang sesuai.

2. Sistem dropship - TANPA modal

Tak perlu melabur ribuan ringgit! Tak wajib ada stok di tangan. Apabila pelanggan bayar pada anda, barulah anda beli di online system. Shaklee boleh poskan terus kepada customer. Sangat mudah!

**kecuali bagi yang fokus COD (Cash on Delivery) perlu sediakan stok

3. Anda layak grab peluang 3C yang ditawarkan oleh Shaklee - CASH, CAR, dan CONVENTION!

4. Training oleh pihak Shaklee disediakan setiap minggu yang disampaikan oleh NUTRITIONIST (pakar Nutrisi) Shaklee! (Shaklee bukan calang-calang produk :))


Ahli Untuk Makan Sendiri
Tidak berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee? Anda tidak dipaksa, tetapi anda tetap mempunyai kelebihan;

1. Anda layak dapat cashback (bonus) jika melebihi 150 points (UV) sebelum 1 haribulan berikutnya. Lebih kurang RM510 belian. Cashback (bonus) tersebut akan dimasukkan terus ke akaun bank anda!

2. Anda TIDAK wajib membuat belian setiap bulan. Tiada paksaan!


Sudah jelas? Boleh sertakan maklumat lengkap berikut kepada pengedar Shaklee pilihan anda. Kalau pilih saya, nyiru saya tadahkan, segera WhatsApp 019-326 5417.

Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan:
Alamat Semasa:
No. Telefon:
Emel:
Nama Penuh Pasangan:
No. Kad Pengenalan Pasangan:
No. Akaun Bank: (digalakkan Maybank)

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Testimoni - Makin Putih dengan Vita-C


Berbaloi amalkan Vita-C katanya. Siap nak tambah ESP lagi.

Dah cuba baru percaya :)

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Jus Detoks Vita C

Duk belek2 majalah Rapi terbaru. Terjumpa resepi jus detoks vita C ni. Terus teringat mesin jus Hurom kt Go Shop. Hehe. Kawan2 boleh la cuba, pasti sedap dan tentunya sihat.

Bahan2:
Seulas Halia

Sebiji Lobak Merah

Sebiji Oren

Cara penyediaan:
Bersihkan kesemua bahan di atas. Kemudian potong dadu dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga sebati dan tapiskan sebelum dituang ke dalam gelas. Sedia dinikmati.

Khasiat jus:
Jus ini sangat berkhasiat kerana ia mampu menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan. Ia juga kaya antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

**Sumber:
Majalah Rapi Nov 2015
Continue Reading

Wow, menariknya promo Shaklee November 2015!


Promo November 2015

Assalamu'alaikum dan salam bahagia dari saya :)

Setiap bulan sudah menjadi kebiasaan pengedar dan ahli Shaklee menantikan senarai produk promosi yang tersenarai.

Untungkan jadi ahli? Setiap bulan ada sahaja promo item yg ditawarkan. Malahan berganda jimat dari harga ahli biasa.

SR Vita-C PlusKita sambung cerita tadi, hehe. Alhamdulillah, genap 1 November yang lepas diumumkan SR Vita-C Plus dan Vita-Lea for Children adalah item promo. SR Vita-C Plus promo beli 6 percuma 1 atau set promo yang paling digemari Twin Pack atau Pek Berkembar Diskaun 5%. Best bukan? Vita-C tu. Beli 2 botol, bekalan untuk setahun punya.

Ini baru harga runcit tau!

Vita-Lea for Children
Multivitamin yang boleh dikunyah dan sangat sesuai untuk kanak2 berumur 4 tahun dan ke atas. Dapatkan harga jimat berganda dengan pembelian 3 botol percuma 1 botol.
Harga runcit bernilai RM111.00/botol

Menarik bukan? Ingin lebih menarik dan lebih diskaun? Jom daftar ahli dan bersama rangkaian saya, pastinya lebih menguntungkan. Sebotol pun boleh dapat harga promosi :)


Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Peneram Paling Sedap Di Ipoh

Ingat tak masa kita kecik2 dulu, kalau pergi kenduri kawen, mesti bawak balik sebungkus kuih (kalau sekarang orang panggil door gift, hehe). Kalau sebelah utara ni, dalam tu mesti ada kuih2 tradisional macam kuih bahulu, kapal terbang (tak tau negeri lain panggil ape), kuih bakar, peniaram dan karas. Banyak2 tu, saya mesti korek amik peniaram, orang Kedah panggil coq peneram. Selalu ada sebiji je, itu pun dah sedap sangat.

6biji RM1

Alhamdulillah..setelah kempunan nak makan coq peneram, akhirnya dapat juga makan baru2 ni. Haha. Bunyi macam lama bebenor tak makan kan? Padahal baru 2 minggu tak merasa. Coq peneram yang saya suka ni memang boleh kemaruk nak makan selalu. Untuk yang memang peminat coq peneram la. Kalau tak minat, tak de la sampai kemaruk. Haha.

Gemuks, sedap!

Sejak pindah Ipoh, mana je tempat orang jual coq peneram, mesti saya akan cuba beli. Nak rasa mana yang paling sedap. Akhirnya, jumpa paling sedap. Sapa tau Pasar Tani Stadium kat Ipoh? Kat situ la. Setiap pagi Sabtu, saya mesti ke sana semata2 nak beli coq peneram tu. Peniaga yang jual coq peneram ni muda lagi, rasanya baya2 saya. Suami isteri meniaga.

Coq peneram atau nama lain peniaram, denderam, atau telinga keling (nama ni dah jarang dengar, mungkin menjaga sensitiviti kaum) ni berasal dari India rupanya. Saya baru tau semalam. Ngee. Kalau yang asal ada sedikit berbeza dari sudut bahan. Nama pun lain, tak salin pulak namanya. Mungkin nenek moyang kita dulu tiruvasi kuih ni.  Tepung beras dan gula merah, akhirnya jadilah kuih tradisional Melayu. Masa kita kecik2 dulu coq peneram ni besar, bentuk 4 bulatan tu. Sekarang selalu jumpa macam mini donut tu je.

Gebu, yummy!

Nak coq peneram yang sedap, mestilah kurang manis, dalamnya gebu dan rasanya lemak2 gitu. Gula merah asli akan menentukan sedap ke tak satu2 coq peneram tu.

Jangan lupe cuba tau, pasti nak lagi. Saya berani cakap sedap sebab saya pernah belikan untuk kawan, dia pun cakap sedap sangat. Tak sempat da nak hidang kat tetamu. Hehe.
Continue Reading

Aeon Mall Ipoh Klebang Dibuka Rabu Ini


Rasa macam baru je dengar dan tengok suami duk bagitau pasal Aeon dan tunjuk lokasi masa mula2 pindah Ipoh April hari tu. Tup tup minggu lepas dapat mesej dah nak buka minggu ni, Grand Opening pada 21 Oktober 2015. Macam pandai je, 22 Oktober kan penjawat awam terima gaji untuk bulan ni. Hehe.

Wah, lepas ni dekat la saya nak ke Aeon Mall. Hehe. Lokasi kat Jalan Kuala Kangsar, 31200 Ipoh. Sebelum ni pergi yang kat Station 18 tu. Jauh jugak. Bawak anak pergi Kidzoona. Tak sempat lagi nak buat entry pergi Kidzoona minggu lepas.


Jom kita tengok Tenants List di bawah:

FOOD & BEVERAGE :
- The Cruises Steak House
- Kenny Rogers
- Starbucks
- Boat Noodle (1st in PERAK)
- Nando's
- Vivo Pizza and Panini
- Purple Cane
- WindMill
- Teh Tarik Place
- Shihlin Taiwanese Snacks
- Black Canyon
- Johnny's Restaurant
- Ice Bucket
- Kopitiam Avenue
- Mexico Bun
- KFC
- Boost Juice
- The Chicken Rice Shop
- Auntie Anne
- Famous Amos
- Sushi King
- Baskin Robbins
- Orchid Bistro

FASHION :
- Fossil
- H&M (1st in PERAK) - 19,000 sq ft
- Guess Jeans
- Esprit
- MNG
- Uniqlo (1st in PERAK)
- G2000
- Valentino Rudy
- Sembonia
- Carlo Rino
- Timberland
- Brands Outlet
- COTTON ON
- Bata
- Giordano
- Polo Haus
- Hush Puppies
- Smart Master
- fyi
- Pierre Cardin
- Hang Ten
- Young Hearts
- TRIO by Jerasia

SPORT :
- Al-Ikhsan
- Adidas
- Royal Sporting House
- Skechers
- Arena
- FILA

WATCHES & JEWELRY :
- Tissot
- Poh Kong
- City Chain
- Watch Engine
- TOMEI

BEAUTY & CARE :
- SEPHORA (1st in PERAK) OPENING SOON
- SASA
- Eu Yan Sang
- Caring Pharmacy
- The Body Shop
- Shins
- Kiehl's
- Always 21

OTHERS :
- DAISO
- Popular Bookstore
- Universal Traveller
- KAISON
- Focus Point
- Soxworld
- Fitness Concept
- My News
- OSIM
- Gintell
- Mr. DIY
- My Home One
- Samsung
- Lenovo
- Akemi

ENTERTAINMENT :
- TGV Cinema

Sumber: pemerintahberani.blogspot.com

Saya tak pandai shopping kat tempat macam ni. Cuci mata pandai la. Hehe. Tempat favorite saya macam Daiso, Mr DIY dan kedai buku Popular. Mungkin My Home One akan jadi tempat favorite saya. Duk kata nak pergi kat Ipoh Parade, tak pergi2 lagi. Masa pergi Kidzoona hari tu tak tau yang My Home One ada situ jugak. Lepas ni dah tak jauh sangat dah ;)


Sesiapa yang lapang Rabu ni, boleh la grab hadiah2 ni. Hanya perlu belanjakan sekurang2nya RM50 :)


p/s: Orang kata kat mana ada Aeon, kat situ la boleh beli aset rumah, buat pelaburan.
Continue Reading

Sebelum Oktober Berakhir


Sebelum Oktober 2015 berakhir, rebutlah peluang emas ini. Hot deal dari Shaklee kali ini. Bukan 1, tapi 3 produk ditawarkan. Apa yang menarik, geng kapsul belaka. Hehe.

1. OmegaGuard

OmegaGuard pula memang tersangatlah luar biasa hebatnya. Dari mula kenal Shaklee, saya dah jatuh cinta dengan OmegaGuard ni. Suami dan anak2 pun ambil. Sangat sesuai bagi anda yang nak kurus? anak mudah jatuh sakit? atau untuk jaga kesihatan jantung & sendi. Menarik tentang OmegaGuard di SINI.

Beli 6 Percuma 1 - Bernilai RM816 (RM116.60/botol)
Beli 2 Diskaun 5% - Bernilai RM258.40 (Jimat RM13.60)
Harga Biasa - RM136/botol

2. Vita-E Complex
Vitamin cantik kegilaan ramai. Kombinasi yang hebat dengan pengambilan Shaklee ESP. Pembelian 2 botol Vita-E Complex melayakkan anda mendapat diskaun 50%. Ini bermakna, umpama beli 1 percuma 1. Ya, memang gila2 punya anda jimat.

Beli 2 Diskaun 50% - Bernilai RM149 (RM74.50/botol)
Harga biasa: RM149/botol

3. GLA Complex - Beli 6 Percuma 1
Vitamin kegemaran wanita. Ingat GLA ingat wanita! Pastinya teman ini mampu membantu masalah jerawat, menstabilkan hormon serta membantu masalah dalaman wanita. Jangan lupa, lelaki diabetes juga perlukannya untuk kawal paras gula dalam darah.

Beli 6 Percuma 1 - Bernilai RM547.50 (RM78.20/botol)
Beli 2 Diskaun 5% - Bernilai RM173.37 (Jimat RM9.13)
Harga Biasa - RM91.25/botol

Menarik bukan? Ingin lebih menarik dan lebih diskaun? Jom daftar ahli dan bersama rangkaian saya, pastinya lebih menguntungkan. Sebotol pun boleh dapat harga promosi :)

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Suplemen Untuk Jemaah Haji

Sihat Sepanjang Ibadah Haji

Tak lama dah kita akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Teringat jemaah haji di sana. Semoga mereka dalam rahmat dan lindunganNya. Mereka pasti mahukan yang terbaik. Termasuk pengguna Shaklee. Sebelum ke sana bersedia dengan fizikal yang sihat dan kuat.

Antara suplemen penting dicadangkan adalah:


1. Performance Drink - Mengurangkan dehidrasi akibat cuaca yang panas terik.
2. NutriFeron - Menguatkan sistem imunisasi tubuh, terdedah kepada sesak dan habuk.
3. AJHT - Kesihatan sendi kerana pergerakan yang banyak, penjagaan sendi bagi mereka yang mengalami sakit lutut

p/s: Best Together with Shaklee Family Wellness Set iaitu set suplemen asas yang terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex, Sr Vita-C dan ESP.
Continue Reading

7 Etika Ziarah Ibu Bersalin


Sedar tak sedar, genap sudah usia baby saya 4 bulan. Macam baru semalam berkerah tenaga dan bertarung nyawa untuk melahirkan Salahuddin. Sedikit ujian untuk anak ke-4, saya perlu melahirkan Salahuddin melalui ksedah Caesarian, dalam masa yang sama saya mengalami tumpah darah yang agak teruk semasa proses pembedahan.

Agak istimewa berbanding pesakit lain, saya perlu berada di wad selama 5 hari selepas hari pembedahan. Kawan2 dan sanak saudara asyik tanya bila boleh keluar hospital sebab nak datang melawat. Bukan nak ziarah saya sangat, biasa tetamu nak tengok baby kan? Betul tak? Hehe. Biasanya saya akan beri jawapan yang kurang pasti kerana saya kurang gemar apabila jadual rutin saya terganggu.

Setelah melalui pengalaman bersalin sebanyak 4 kali, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang etika dan adab2 ziarah ibu bersalin. Bukan apa, andai tersalah waktu mungkin kita mengundang ketidakselesaan kepada tuan rumah. Sebolehnya kita nak tetamu faham, tak nak tuan rumah masam muka dalam hati.

1. Pilih Hari yang Sesuai
Agak2 kalau baru 2-3 hari keluar dari hospital, selesa tak nak terima tetamu? Rasanya ibu2 lebih memahami. Keadaan diri yang tak terurus lagi nak biasakan dengan baby baru. Luka pun masih belum sembuh, nak gerak pun alahai. Sendiri tau kan. Huhu. Dicadangkan selepas seminggu atau 2 minggu la lebih baik untuk ziarah sebab masa ni ibu pun dah kuat, luka pun dah bercantum elok, baby pun dah tak de demam kuning. Betul tak?

2. Pilih Waktu Yang Sesuai
Pagi, petang atau Malam? Harap semua faham bahawa malam adalah waktu berehat bagi semua orang, jadi kalau boleh elakkan ziarah waktu malam atau lewat senja. Kalau terpaksa, boleh minta izin dari tuan rumah. Elakkan juga ziarah diawal pagi, lepas makan tengahari kerana ini adalah waktu privasi. Awal pagi biasanya nak sarapan, siapkan baby mandi dan biasa awal2 begini ibu2 berpantang akan bertungku, berurut dan sebagainya. Dalam jam 9-11pagi tu ok la. Kalau petang, jam 3-5petang.

Orang tua2 dulu melarang ziarah selepas Asar hingga ke malam. Kerana dibimbangi kita membawa 'kawan' bersama. Kadang2 kita singgah ntah mana2 tempat sebelum sampai.

3. Tempoh Yang Singkat
Yang ini perlu dititikberatkan sekiranya ibu bersalin tu ada anak lain selain baby yang baru lahir. Paham2 la kan kalau ada tetamu, anak2 ni kan suka menunjukkan belang masing2. Si ibu pulak tak boleh nak marah. Makin menjadi anak tu. Tetamu duk leka berborak, kesian kat ibu tu. Tak rehat2.
Lagi satu, kalau dah perasan baby dah buat mimik2 muka dan tak selesa tu, cepat2 akhiri perbualan anda ye. Baby nak menyusu tu, ibu pun segan nak menyusu depan orang even sesama perempuan.

4. Biarkan Bayi Tidur
Memang geram tengok baby tengah tidur, rasa cute giler. Saya yang anak 4  ni pun masih geram tengok baby tidur. Tapi, awas! Jangan sesekali suka2 nak angkat baby orang. Kita tak tau susah payah Ibunya nak tidurkan. Ataupun masa kita datang melawat tu baby baru je pejam mata. Kalau baby terjaga sebab anda terusik, siap! Ibu dia sumpah seranah dalam hati pun kita tak tau.

5. Elakkan Soalan Sensitif
'..nape operate, dah tutup kilang ke..?' '..ko pantang pun tak kurus ek..'. Mak aih soalan. Tanya ke perli. Jadi jagalah tutur kata kita. Kita kan melawat orang sakit, lebih baik doakan dia. Bukan tanya soalan2 sensitif macam tu. Satu lagi soalan, '..nape tak tu..', '..nape tak ni..', jangan tunjuk pandai sangat, semua nak komen itu ini.

6. Jangan Cium2 Bayi
Masa kita kecik2 dulu, pernah tak dengar nenek kita marah bila kita cium tangan adik kita yang baru lahir?

"..eh, jangan cium tangan adik, nanti besar adik suka meminta2.."

Kalau pikir balik, memang suatu kepercayaan yang mengarut. Tapi rasionalnya, supaya penyakit pada kita tak berjangkit pada baby. Antibodi baby kan belum kuat. Tangan kita ntah pegang macam2. Nak2 kalau selesama batuk, jangan gatal hidung nak cium2. Duk jauh2 sudah. Hehe.

Yang sihat, boleh basuh tangan dahulu :)

7. Hadiah Untuk Abang/Kakak Bayi
Kepada yang suka bawak hadiah besar2, jangan lupa bawak bahagian untuk abang/kakak baby tu. Sian dia tengok baby dapat hadiah besar2. Kanak2 belum faham. Dah la fasa ni dia masih cemburu kuat sebab ibu asyik pedulikan baby. Apa kata belikan apa2 yang mudah dan ringkas. Aiskrim ke, coklat ke, biskut Tiger ke..lolipop pun kanak2 suka :)

Semoga panduan ini dapat diaplikasikan oleh kita semua. Jadilah tetamu yang diundang kerana tetamu adalah pembawa rezeki :)
Continue Reading

Baby & Kidz Fair Ipoh 2015


Akhirnya, jumpa juga expo ala2 baby & kids ni kat Ipoh. Sejak duk Ipoh memang ini yang saya cari. Ada sekali hari tu, tak ingat kat mana tapi saya dalam pantang masa tu, tak dapat pergi.

Yang kali ni memang melompat2 saya nak pergi, maklum la dah lama tak pergi tempat macam ni sejak anak2 dah besar. Tapi baru la perasan tarikh tu, saya kat Terengganu rumah mertua. Balik beraya Haji di sana. Melepas lagi. Huhu.

Terpaksa tunggu next expo la jawabnya. Hehe.

Orang2 Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk terjah expo ni ye. Pesanan saya, 
"..barang promosi memberi ruang untuk kita berjimat, bukanlah untuk membeli terlebih2.."

Apa la falsafah saya tu, agak2 faham2 tak. Hehe.

Apa yang best lagi kat sini? Ada Giveaway tau! Jom rebut peluang ni! Hsdiah berupa Baby Stroller seperti dalam gambarajah di bawah. Layari  Baby & Kidz Fair Facebook Page (https://www.facebook.com/BabyNKidzFair) untuk dapatkan langkah2 dan syarat2 penyertaan. Hanya beberapa klik, anda berpeluang untuk menanginya! InsyaAllah.



Jangan lepaskan peluang! Mana tau, rezeki anda kali ini.
Continue Reading

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Meningkatkan Fungsi Imun

Perisa sitrus yang lazat
Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang menghadapi kesukaran menelan tablet

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!

Continue Reading

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

B-Complex: Lengkap dengan Kesemua Lapan Vitamin B

Spektrum Penuh Lapan Jenis Vitamin B
Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
Adakah bekalan Vitamin B anda mencukupi? Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga.

B-Complex
Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.

Perbezaan Shaklee
Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten, B-Complex dilengkapi sistem pengangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Collagen Powder

Untuk Rasa Lebih Sihat, Kulit Lebih Muda Menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton (Berat molekul diukur dalam unit Dalton), dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Bagaimana Melatih Bayi Menerima Susu Perahan?


Alhamdulillah, minggu lepas, adik ipar saya tempah Shaklee ESP untuk tambahkan susu badan, baru je sebulan lebih melahirkan anak kedua. Sedikit berbeza anak kedua ni sebab agak kuat menyusu walaupun sebenarnya bayi perempuan. Hehe. Berat semasa dilahirkan 3.82kg, memang tubuh seketui bulat. Cukup sebulan berat dah jadi 5.1kg. Memang adik ipar saya agak risau pengeluaran susu tidak mencukupi. Tambahan pula, dia seorang ibu bekerjaya.

Cuti berbaki beberapa hari je lagi. InsyaAllah, lepas Hari Raya Aidiladha naik kerja semula. Walaupun saya tiada pengalaman penyusuan ibu semasa bekerja dalam tempoh yang lama, ada la sikit2 saya boleh kongsikan ilmu yang tau dari pembacaan dan perkongsian rakan2. Salah satu yang saya kongsikan bersama adalah jadual latihan susu perahan kepada bayi. Risau jadi seperti anak sulung dahulu, dah nak kerja lagi seminggu pun masih gagal berikan susu perahan.

Kaedah sebenar yang dicadangkan
Kalau diikut nasihat hospital, kita perlu berikan susu perahan menggunakan sudu atau cawan kan. Sebab tak nak bayi keliru puting payudara. Tapi, tidak semua ibu berminat untuk berikan kaedah tersebut, tambahan pula yang hantar anak kepada pengasuh. Keliru, itu antara faktor penolakan puting, bayi tidak mahu menyusu menggunakan botol sedangkan isinya susu perahan ibunya. Berjenis2 puting tiruan dicuba tetapi gagal. Akhir sekali saya teringat satu petua.

Ayah atau sesiapa selain ibunya berjaya berikan susu perahan
“..berikan susu perahan kepada bayi oleh orang lain selain ibunya sendiri..”

Alhamdulillah, adik ipar saya berjaya apabila suaminya (adik saya) sendiri mencuba menyusukan anak menggunakan puting tiruan. Yang kelakarnya, puting pertama yang dibeli tu akhirnya dihisap dengan baik. Hehe. Orang kata, petua tu berhasil sebab bayi tidak bau badan ibunya. Tak tau la sejauh mana kebenarannya tapi ada munasabah jugak kan? Sama macam Syahmi anak saya dulu, saya sendiri yang susukan menggunakan botol memang dia tak berminat. Tapi pengasuh susukan OK je. Hehe.

Untuk kali ini, saya berikan jadual berikut untuk adik ipar saya. Jadual ni saya rujuk dari pamplet “Perahan Susu Ibu” dari Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Hari/MasaHari 1 - 3Hari 4 - 6Hari 7 - 9Hari 10 - 13
7.30 - 9.30 pagiPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
10.00 - 11.30 pagiSusu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
12.30tgh - 1.30 ptgSusu IbuSusu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
2.00 - 4.00 ptgSusu IbuSusu IbuSusu IbuPerahan Susu Ibu

Seronok sangat adik ipar saya bila saya tunjukkan jadual ni. Semoga jadual ini dapat membantu adik ipar saya dan rakan2 di luar sana. :)

Pamplet yang Dirujuk
Continue Reading

Omega Guard

Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi
OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.

Minyak Ikan
OmegaGuard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Gred Farmaseutikal yang Tulen
OmegaGuard dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Garlic Complex


Membantu Meningkatkan Kesihatan secara Menyeluruh

Bawang putih sering digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh secara amnya. Alisin, bahan aktif dalam bawang putih, telah terbukti berkesan untuk menyokong dan memelihara kesihatan tubuh melalui pelbagai tindakan.
  • Membantu mengekalkan tubuh yang sihat
  • Rumusan tersendiri Shaklee
  • Menggabungkan manfaat kesihatan bawang putih dan rosemary
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com

Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif!

Walaupun murah, tapi hargainya sebagai sebagai salah satu titik peluh kita ye. Kan blog kita tu umpama kedai kita. Domain ni anggaplah seperti signboard atau papan tanda kedai kita yang dah rebranding atau penjenamaan semula. Dulu mungkin tak dapat menarik minta bakal pelanggan, mungkin sekarang lebih lagi. Nampak lebih professional dan lebih berkeyakinan. Sebelum kita tukar blogspot.com, pasti semua dah ada domain nya ya. Boleh rujuk enrty sebelum ni di sini.

Langkah2nya adalah seperti berikut:

1. Login akaun blogger anda, dari Dashboard > Settings > Basic. Klik pada 'Setup a 3rd party URL for your blog'.

2. Masukkkan domain yang anda telah beli. Pastikan domain adalah dalam format www.(domain anda).com, kemudian klik 'Save'.


3. Satu notis akan muncul yang mengatakan anda masalah dengan domain yang anda telah masukkan, notis tu berwarna merah, 'We have not been able to verify your authority to this domain. Error 12'. JANGAN GABRA! Itu adalah normal untuk kali pertama apabila memasukkan domain. Hehe.

Apa yang penting adalah dua (2) maklumat yang telah diberikan seperti di bawah yang saya highlight kan. Simpan data ni sebab kita akan gunakan dalam akaun GoDaddy nanti dalam langkah seterusnya. Jangan paksa untuk klik 'save' sebab memang takkan dapat. Hehe.


OK, kita ketepikan sementara waktu akaun blogger. Sekarang login akaun GoDaddy.

4. Klik My Account > Manage My Domain


5. Klik pada nama domain yang kita daftarkan. Seterusnya akan terpapar menu Setting, DNS Zone File dan Contacts. Klik 'DNS Zone File'. Kemudian klik 'Add Record'.


6. Seterusnya akan terpapar menu Setting, DNS Zone File dan Contacts. Klik 'DNS Zone File'. Kemudian klik 'Add Record'.


7. Selepas klik 'Add Record' akan terpapar pop up seperti berikut, dan pilih 'CNAME (Alias)'.


8. Pada paparan yang muncul, masukkan maklumat yang terdapat seperti di Langkah 3. Terdapat 2 maklumat yang berbeza di langkah 3.
i - www --- ghs.google.com
ii - xxxxxx --- xxxxxxxx

Masukkan 'www' pada 'Host' dan 'ghs.google.com' pada 'Points To'. Dan ulang langkah yang sama untuk maklumat ke-2.


9. Setelah selesai memasukkan kedua2 maklumat tersebut, scroll down halaman dan anda boleh lihat data yang dimasukkan pada column CNAME seperti berikut.


Ok, dah siap untuk proses pertukaran domain. Kemudian, anda perlu tunggu 24jam. Tapi bergantung kepada kecepatan penyedia atau server. Saya letak 24jam supaya tak la ternanti2 kan. Hehe. Boleh je nak check selalu sebab ada je yang siap awal. Boleh cuba langkah seterusnya, kembali ke akuan Blogger.

9. Selepas 24jam, (kiranya keesokan hari), masukkan semula domain ke akaun blogger, seperti Langkah 1, Dashboard > Settings > Basic, kemudian masukkan nama domain anda, iaitu www.(nama-domain-anda).com dan klik 'Save'.

10. Selepas 'Save', paparan seperti ini akan keluar dan ini bermakna anda dah berjaya :). Perlu diingat untuk 'tick' pada 'Redirect'. Klik pada 'Edit' untuk semak.


Pastikan tick pada 'Redirect'
Peringatan: Sebagai langkah berjaga2, tetapan pada 'Auto-Renew' di dalam akaun Godaddy dimatikan seperti langkah berikut. Ini bertujuan berjaga2 supaya duit kita tak kena potong tanpa sedar. Hehe. Mana la tau kan. Lagipun, promo code boleh dapat untuk renew jugak :)

Boleh klik SINI untuk dapatkan renew promo code yang terkini.


Seronok bukan? Apa2 masalah boleh terus WhatsApp saya ye, 019-326 5417. Semoga entry ini memberi manfaat buat semua. Happy Blogging ;)
Continue Reading

Cara Beli Domain Murah dan Jimat

Entry yang dinanti2kan. Hehe. Atas permintaan adik beradik Shaklee saya dalam team IMR (bawah pimpinan Noor Zawani Suhaimin), saya siapkan entry ini. 

Dah lama teringin nak ada domain dan hosting macam orang lain. Tapi saya tak mampu dan tak berani nak beri komitmen untuk melaburkan duit yang banyak. Dijadikan cerita, saya chit chat dengan kawan baik di sekolah dulu, yang juga pengedar Shaklee di Kulim, Kedah. Memang selalu saya kaut ilmu dari dia (dari zaman sekolah sampai la jadi SID, hehe), dan suatu hari saya tanya tentang domain dan hosting ni sebab selalu nampak dia letak link dia, www.syakirahkapli.com. Tanya punya tanya, kesimpulannya beli domain je dulu kalau nak jimat, nak murah siap boleh beli guna 'promo code'. Boleh beli serendah RM3-5 tau! Sape tak nak kan?

Pakai hosting Blogger pun tak pe la kan walaupun murah, janji ada 'nama'. Ok, dah boleh mula ye?

1. Pertama sekali klik di sini untuk ke website rasmi GoDaddy.

2. Kemudian masukkan nama domain yang ingin anda nak beli pada 'FIND YOUR PERFECT DOMAIN NAME', kemudian klik pada 'SEARCH DOMAIN'. Pastikan nama yang dipilih adalah muktamad. Beli ngan duit ni tau!

3. Sekiranya 'AVAILABLE', klik pada 'CONTINUE TO CART'.


4. Pada 'Select Options for 1 Domain' di 'Step 1 | Privacy' dan 'Step 3 | Email' pilih 'NO THANKS', manakala pada 'Step 2 | Options' jangan pilih apa2. Silap langkah, kita kena bayar lebih. Hehe. Kemudian, klik 'CONTINUE TO CART' untuk masuk ke halaman 'shopping cart'.

Step 1: Pilih 'No Thanks'

Step 2: Untick kedua2 pilihan

Step 3: Pilih 'No Thanks'
5. Tukarkan 'TERM' menjadi '1 YEAR', kerana anda akan membeli domain tersebut dalam tempoh 1 tahun sahaja. Nanti boleh 'renew' kemudian.


6. Langkah seterusnya klik link 'HAVE A PROMO CODE?'.


7. Kemudian masukkan nombor kupon GoDaddy ini 'CJCFW99' pada 'ENTER PROMO, SOURCE CODE OR REFERRAL CODE:' dan klik 'APPLY'.


8. Harga domain tersebut akan automatik berubah selepas dimasukkan nombor Promo Code. Klik di sini atau di sini untuk mendapatkan kupon GoDaddy terbaru. Langkah berikutnya, klik 'PROCEED TO CHECKOUT' untuk proses pembayaran.


9. Tetapi sebelum membuat pembayaran, anda diwajibkan untuk log in ke akaun GoDaddy anda. Sekiranya tiada, sila daftar sekarang.


10. Isi maklumat lengkap dan pilih Credit/Debit/Prepaid Card untuk kaedah pembayaran.

Maklumat Bil
Maklumat Akaun GoDaddy
Maklumat Pembayaran
11. Akan terpapar jumlah perlu dibayar dan pengesahan setuju membeli dan jangan lupa 'tick' 'I AGREE TO FOLLOWING:', kemudian klik 'PLACE YOUR ORDER' untuk membuat pembayaran.


12. Akhirnya, anda berjaya membeli domain tersebut. Boleh semak emel untuk pengesahan pembelian dan akan diaktifkan dalam masa 24jam.

Kadang cepat je macam saya hari tu. Jangan lupa untuk verify dan kalau dah 'active' kita akan terima emel jugak. Dan domain sedia untuk digunakan. Sebarang kekeliruan atau masalah sepanjang membeli domain, boleh terus WhatsApp 019-326 5417. Saya akan cuba bantu sebaik mungkin. Next entry kita belajar untuk tukar .blogspot kepada .com pulak ya. Stay tuned!

p/s: Jangan risau kalau blog lama anda dah banyak entry dan link nak diperbetulkan. Sebab kita akan setting 'redirect' nanti masa tukar .blogspot kepada .com.
Continue Reading