Suplemen Untuk Jemaah Haji

Sihat Sepanjang Ibadah Haji

Tak lama dah kita akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Teringat jemaah haji di sana. Semoga mereka dalam rahmat dan lindunganNya. Mereka pasti mahukan yang terbaik. Termasuk pengguna Shaklee. Sebelum ke sana bersedia dengan fizikal yang sihat dan kuat.

Antara suplemen penting dicadangkan adalah:


1. Performance Drink - Mengurangkan dehidrasi akibat cuaca yang panas terik.
2. NutriFeron - Menguatkan sistem imunisasi tubuh, terdedah kepada sesak dan habuk.
3. AJHT - Kesihatan sendi kerana pergerakan yang banyak, penjagaan sendi bagi mereka yang mengalami sakit lutut

p/s: Best Together with Shaklee Family Wellness Set iaitu set suplemen asas yang terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex, Sr Vita-C dan ESP.
Continue Reading

7 Etika Ziarah Ibu Bersalin


Sedar tak sedar, genap sudah usia baby saya 4 bulan. Macam baru semalam berkerah tenaga dan bertarung nyawa untuk melahirkan Salahuddin. Sedikit ujian untuk anak ke-4, saya perlu melahirkan Salahuddin melalui ksedah Caesarian, dalam masa yang sama saya mengalami tumpah darah yang agak teruk semasa proses pembedahan.

Agak istimewa berbanding pesakit lain, saya perlu berada di wad selama 5 hari selepas hari pembedahan. Kawan2 dan sanak saudara asyik tanya bila boleh keluar hospital sebab nak datang melawat. Bukan nak ziarah saya sangat, biasa tetamu nak tengok baby kan? Betul tak? Hehe. Biasanya saya akan beri jawapan yang kurang pasti kerana saya kurang gemar apabila jadual rutin saya terganggu.

Setelah melalui pengalaman bersalin sebanyak 4 kali, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang etika dan adab2 ziarah ibu bersalin. Bukan apa, andai tersalah waktu mungkin kita mengundang ketidakselesaan kepada tuan rumah. Sebolehnya kita nak tetamu faham, tak nak tuan rumah masam muka dalam hati.

1. Pilih Hari yang Sesuai
Agak2 kalau baru 2-3 hari keluar dari hospital, selesa tak nak terima tetamu? Rasanya ibu2 lebih memahami. Keadaan diri yang tak terurus lagi nak biasakan dengan baby baru. Luka pun masih belum sembuh, nak gerak pun alahai. Sendiri tau kan. Huhu. Dicadangkan selepas seminggu atau 2 minggu la lebih baik untuk ziarah sebab masa ni ibu pun dah kuat, luka pun dah bercantum elok, baby pun dah tak de demam kuning. Betul tak?

2. Pilih Waktu Yang Sesuai
Pagi, petang atau Malam? Harap semua faham bahawa malam adalah waktu berehat bagi semua orang, jadi kalau boleh elakkan ziarah waktu malam atau lewat senja. Kalau terpaksa, boleh minta izin dari tuan rumah. Elakkan juga ziarah diawal pagi, lepas makan tengahari kerana ini adalah waktu privasi. Awal pagi biasanya nak sarapan, siapkan baby mandi dan biasa awal2 begini ibu2 berpantang akan bertungku, berurut dan sebagainya. Dalam jam 9-11pagi tu ok la. Kalau petang, jam 3-5petang.

Orang tua2 dulu melarang ziarah selepas Asar hingga ke malam. Kerana dibimbangi kita membawa 'kawan' bersama. Kadang2 kita singgah ntah mana2 tempat sebelum sampai.

3. Tempoh Yang Singkat
Yang ini perlu dititikberatkan sekiranya ibu bersalin tu ada anak lain selain baby yang baru lahir. Paham2 la kan kalau ada tetamu, anak2 ni kan suka menunjukkan belang masing2. Si ibu pulak tak boleh nak marah. Makin menjadi anak tu. Tetamu duk leka berborak, kesian kat ibu tu. Tak rehat2.
Lagi satu, kalau dah perasan baby dah buat mimik2 muka dan tak selesa tu, cepat2 akhiri perbualan anda ye. Baby nak menyusu tu, ibu pun segan nak menyusu depan orang even sesama perempuan.

4. Biarkan Bayi Tidur
Memang geram tengok baby tengah tidur, rasa cute giler. Saya yang anak 4  ni pun masih geram tengok baby tidur. Tapi, awas! Jangan sesekali suka2 nak angkat baby orang. Kita tak tau susah payah Ibunya nak tidurkan. Ataupun masa kita datang melawat tu baby baru je pejam mata. Kalau baby terjaga sebab anda terusik, siap! Ibu dia sumpah seranah dalam hati pun kita tak tau.

5. Elakkan Soalan Sensitif
'..nape operate, dah tutup kilang ke..?' '..ko pantang pun tak kurus ek..'. Mak aih soalan. Tanya ke perli. Jadi jagalah tutur kata kita. Kita kan melawat orang sakit, lebih baik doakan dia. Bukan tanya soalan2 sensitif macam tu. Satu lagi soalan, '..nape tak tu..', '..nape tak ni..', jangan tunjuk pandai sangat, semua nak komen itu ini.

6. Jangan Cium2 Bayi
Masa kita kecik2 dulu, pernah tak dengar nenek kita marah bila kita cium tangan adik kita yang baru lahir?

"..eh, jangan cium tangan adik, nanti besar adik suka meminta2.."

Kalau pikir balik, memang suatu kepercayaan yang mengarut. Tapi rasionalnya, supaya penyakit pada kita tak berjangkit pada baby. Antibodi baby kan belum kuat. Tangan kita ntah pegang macam2. Nak2 kalau selesama batuk, jangan gatal hidung nak cium2. Duk jauh2 sudah. Hehe.

Yang sihat, boleh basuh tangan dahulu :)

7. Hadiah Untuk Abang/Kakak Bayi
Kepada yang suka bawak hadiah besar2, jangan lupa bawak bahagian untuk abang/kakak baby tu. Sian dia tengok baby dapat hadiah besar2. Kanak2 belum faham. Dah la fasa ni dia masih cemburu kuat sebab ibu asyik pedulikan baby. Apa kata belikan apa2 yang mudah dan ringkas. Aiskrim ke, coklat ke, biskut Tiger ke..lolipop pun kanak2 suka :)

Semoga panduan ini dapat diaplikasikan oleh kita semua. Jadilah tetamu yang diundang kerana tetamu adalah pembawa rezeki :)
Continue Reading

Baby & Kidz Fair Ipoh 2015


Akhirnya, jumpa juga expo ala2 baby & kids ni kat Ipoh. Sejak duk Ipoh memang ini yang saya cari. Ada sekali hari tu, tak ingat kat mana tapi saya dalam pantang masa tu, tak dapat pergi.

Yang kali ni memang melompat2 saya nak pergi, maklum la dah lama tak pergi tempat macam ni sejak anak2 dah besar. Tapi baru la perasan tarikh tu, saya kat Terengganu rumah mertua. Balik beraya Haji di sana. Melepas lagi. Huhu.

Terpaksa tunggu next expo la jawabnya. Hehe.

Orang2 Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk terjah expo ni ye. Pesanan saya, 
"..barang promosi memberi ruang untuk kita berjimat, bukanlah untuk membeli terlebih2.."

Apa la falsafah saya tu, agak2 faham2 tak. Hehe.

Apa yang best lagi kat sini? Ada Giveaway tau! Jom rebut peluang ni! Hsdiah berupa Baby Stroller seperti dalam gambarajah di bawah. Layari  Baby & Kidz Fair Facebook Page (https://www.facebook.com/BabyNKidzFair) untuk dapatkan langkah2 dan syarat2 penyertaan. Hanya beberapa klik, anda berpeluang untuk menanginya! InsyaAllah.



Jangan lepaskan peluang! Mana tau, rezeki anda kali ini.
Continue Reading

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Meningkatkan Fungsi Imun

Perisa sitrus yang lazat
Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang menghadapi kesukaran menelan tablet

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!

Continue Reading

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

B-Complex: Lengkap dengan Kesemua Lapan Vitamin B

Spektrum Penuh Lapan Jenis Vitamin B
Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
Adakah bekalan Vitamin B anda mencukupi? Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga.

B-Complex
Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.

Perbezaan Shaklee
Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten, B-Complex dilengkapi sistem pengangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Collagen Powder

Untuk Rasa Lebih Sihat, Kulit Lebih Muda Menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton (Berat molekul diukur dalam unit Dalton), dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Bagaimana Melatih Bayi Menerima Susu Perahan?


Alhamdulillah, minggu lepas, adik ipar saya tempah Shaklee ESP untuk tambahkan susu badan, baru je sebulan lebih melahirkan anak kedua. Sedikit berbeza anak kedua ni sebab agak kuat menyusu walaupun sebenarnya bayi perempuan. Hehe. Berat semasa dilahirkan 3.82kg, memang tubuh seketui bulat. Cukup sebulan berat dah jadi 5.1kg. Memang adik ipar saya agak risau pengeluaran susu tidak mencukupi. Tambahan pula, dia seorang ibu bekerjaya.

Cuti berbaki beberapa hari je lagi. InsyaAllah, lepas Hari Raya Aidiladha naik kerja semula. Walaupun saya tiada pengalaman penyusuan ibu semasa bekerja dalam tempoh yang lama, ada la sikit2 saya boleh kongsikan ilmu yang tau dari pembacaan dan perkongsian rakan2. Salah satu yang saya kongsikan bersama adalah jadual latihan susu perahan kepada bayi. Risau jadi seperti anak sulung dahulu, dah nak kerja lagi seminggu pun masih gagal berikan susu perahan.

Kaedah sebenar yang dicadangkan
Kalau diikut nasihat hospital, kita perlu berikan susu perahan menggunakan sudu atau cawan kan. Sebab tak nak bayi keliru puting payudara. Tapi, tidak semua ibu berminat untuk berikan kaedah tersebut, tambahan pula yang hantar anak kepada pengasuh. Keliru, itu antara faktor penolakan puting, bayi tidak mahu menyusu menggunakan botol sedangkan isinya susu perahan ibunya. Berjenis2 puting tiruan dicuba tetapi gagal. Akhir sekali saya teringat satu petua.

Ayah atau sesiapa selain ibunya berjaya berikan susu perahan
“..berikan susu perahan kepada bayi oleh orang lain selain ibunya sendiri..”

Alhamdulillah, adik ipar saya berjaya apabila suaminya (adik saya) sendiri mencuba menyusukan anak menggunakan puting tiruan. Yang kelakarnya, puting pertama yang dibeli tu akhirnya dihisap dengan baik. Hehe. Orang kata, petua tu berhasil sebab bayi tidak bau badan ibunya. Tak tau la sejauh mana kebenarannya tapi ada munasabah jugak kan? Sama macam Syahmi anak saya dulu, saya sendiri yang susukan menggunakan botol memang dia tak berminat. Tapi pengasuh susukan OK je. Hehe.

Untuk kali ini, saya berikan jadual berikut untuk adik ipar saya. Jadual ni saya rujuk dari pamplet “Perahan Susu Ibu” dari Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Hari/MasaHari 1 - 3Hari 4 - 6Hari 7 - 9Hari 10 - 13
7.30 - 9.30 pagiPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
10.00 - 11.30 pagiSusu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
12.30tgh - 1.30 ptgSusu IbuSusu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
2.00 - 4.00 ptgSusu IbuSusu IbuSusu IbuPerahan Susu Ibu

Seronok sangat adik ipar saya bila saya tunjukkan jadual ni. Semoga jadual ini dapat membantu adik ipar saya dan rakan2 di luar sana. :)

Pamplet yang Dirujuk
Continue Reading

Omega Guard

Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi
OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.

Minyak Ikan
OmegaGuard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Gred Farmaseutikal yang Tulen
OmegaGuard dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading