Vivix: Penemuan Revolusioner oleh Shaklee


Penemuan Revolusioner oleh Shaklee
-------------------------------------

1. Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

2. Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

3. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel

*Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Stevia: Pemanis Semulajadi Tanpa Kalori

Jom Tukar!
Sampai terus bukak dan snap, hehe
Dah lama saya berhajat nak membeli pemanis stevia ni. Maklum la, umur dah meningkat, bimbang kesihatan terganggu di usia tua. Di samping Shaklee sebagai makanan tambahan, saya memilih stevia untuk menggantikan gula dalam minuman di peringkat awal. Selepas beberapa bulan, mungkin saya akan tukarkan penggunaan gula dalam makanan pulak.

Bukan nanti kita dah kena kencing manis baru nak bertindak, tapi mula lah dari sekarang sebelum terjadi apa2. Hargailah nikmat kesihatan yang Allah beri. Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah. Tau kan, lebih 60 penyakit berpunca daripada gula! Hindari gula, nikmati stevia. Bertindak sekarang!

Kebaikan Stevia;
  • Mengimbangi kandungan gula dalam badan
  • Menurunkan kadar gula dalam darah, sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia
  • Melawaskan pembuangan air kencing
  • Meningkatkan tenaga dalam badan
  • Membantu sistem penghadaman makanan
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
  • Berupaya mengawal berat badan (obesiti)
  • Mengurangkan masalah keradangan dan banyak lagi.
Sebahagian juadah berbuka saya ;)
Pertama kali cuba stevia, saya buat air teh tarik. Tak manis ke? Bukan ke ada susu jugak? Hehe. Kita kena bijak dan kreatif untuk menjaga kesihatan di samping dapat menikmati makanan. Saya gunakan susu sejat :). Susu sejat tambah ngan stevia. Pergh..sedap. Silap saya tak tarik2 sikit, kalau tak mesti lagi sedap kan. Kuih kat sebelah tu tak boleh elak dah, memang cicah ngan gula, tak kan nak tukar kari pulak kan? Kih Kih Kih.

Pelbagai jenama untuk produk stevia ni, boleh lihat di pasaran. Tapi sape yang nak cuba RCC Stevia Sweetener boleh hubungi ngan kawan saya ye, di FB Syatirah Samsudin. Tak mahal, RM50. Kalau jadi ahli lagi murah, RM30 je :)
Continue Reading

Mengapa Pilih Meal Shakes?

Meal Shakes: Makanan Segera, Tanpa Curiga





Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanak tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendak glisemik seumpama Shaklee Meal Shakes.

Makanan segera? Bukan bermaksud makanan segera seperti mee segera ya ;) Makanan segera penuh berkhasiat.
  • Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat
  • Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
  • Kaya dengan sumber kalsium
Lengkap dan ideal kerana sajian ini rendah kolesterol, lemak dan natrium. lagi menarik, rasa vanilla yang seakan2 bau aiskrim vanila, slurppp..sedapnya. Anak selera, Mak pun boleh tumpang sekaki. Mudah kerana boleh dinikmati bila2 masa.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Vita-Lea for Children

"..Multivitamin Kanak-Kanak yang Sungguh Enak.."

FORMULA SERBA BAHARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan panduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas.

Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral
- Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak

Rumusan Tidak Merosakkan Gigi
- dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti

Perisa Anggur Yang Enak
- Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak

* Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet. 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Kelebihan Vita-Lea for Children Shaklee

Membesarkan anak kecil bukanlah mudah bukan? Dari mula lahir hinggalah membesar. Sebagai ibu bapa, pelbagai usaha dilakukan terbaik untuk anak2 termasuklah memastikan kesihatan anak2 terjamin. Anak2 anda;

  • dah berumur 4 tahun? dah tadika?
  • anak2 susah makan makanan yang berkhasiat?
  • anak2 aktif, maksud lain 'duk tak diam' hehe
  • susah nak ambil vitamin?

Apa kata kita cuba satu multivitamin ni Shaklee buat khas untuk kanak2. Namanya Vita-Lea for Children. Tablet berbentuk 'chewable', boleh kunyah2. Extrak rasa anggur sebenar, kiranya ada la rasa masam2 sikit.

Apa kelebihan Vita-Lea for Children ni?

  • Nama pun multivitamin kan? Jadi, Vita-Lea ni dah tersedia 19 vitamin dan mineral penting
  • Kalsium & Magnesium pun ada, bagus untuk pembinaan tulang anak yang sedang membesar
  • Kombinasi 2 kelebihan di atas, baik untuk kesihatan yang menyeluruh
  • Tak lupa jugak, ada tambahan vitamin B
  • 'Chewable' kan? Jadi kunyah2 aja, hehe

Harga runcit PROMO. Jadi ahli lagi MURAH!
Bulan ni Vita-Lea for Children ni ada promosi tau. Beli 4 dengan harga 3 botol. Bermaksud beli 3 percuma 1. Banyak untung ni, nak lagi untung boleh jadi ahli ;)

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Benarkah Ibu Mengandung Mesti Mengidam?

Benarkah Ibu Mengandung Mesti Mengidam? Baca 4 Fakta Ini Dulu



Mengidam dan ibu hamil sangat sinonim. Keinginan untuk makan sesuatu makanan tidak boleh disekat-sekat bahkan ada yang teringin makan aiskrim di tengah malam.

Mujur sekarang boleh beli di kedai serbaneka yang dibuka 24 jam!

Jadi, sebenarnya mengidam itu mitos atau fakta ya? Jangan risau kerana mengidam ketika mengandung adalah perkara normal. Mengidam biasanya perasan keinginan yang terlalu tinggi untuk makan makanan yang jarang dimakan atau melakukan sesuatu yang pelik.

1. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

2. Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahir akan mengeluarkan air liur sahaja. Hakikatnya tiada bukti perubatan membuktikan hal tersebut. Ia sekadar mitos orang tua-tua sahaja kerana mengidam tiada kaitan dengan perkembangan bayi.

3. Agaknya mengapa wanita mengandung sering mengidam? Sebenarnya rasa mengidam yang dialami oleh bakal ibu diakibatkan oleh hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron.

4. Peningkatan hormon tersebut berkait dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur.

Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.

Hakikatnya mengidam itu hanyalah mitos dan bakal ibu boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan perkara lain seperti menyibukkan diri dengan melakukan hobi memasak atau menonton televisyen dan sebagainya.

Kredit: PaMa
Continue Reading

9 Manfaat Set Bersalin Shaklee


YES Pack - Postnatal Health

9 Manfaat Set Bersalin atau Berpantang Shaklee

1- Boleh diambil seawal hari pertama kelahiran

2- Boleh diambil walaupun bayi mengalami jaundis atau demam kuning dan menyusu badan

3- Menstabilkan hormon dan mengelakkan simptom meroyan

4- Membekalkan nutrien penting yang diperlukan semasa berpantang

5- Mengelakkan sembap air (water retention)

6- Mengurangkan sakit2 badan dan belakang

7- Memberikan tenaga dan menyihatkan tubuh

8- Mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan rambut gugur

9- Melancarkan penghasilan susu ibu

Yes Pack Postnatal Health ini terdiri daripada Vita-Lea, ESP, SR Vita-C, Alfalfa Complex, OmegaGuard, dan OsteMatrix. Boleh juga add on Zinc Complex dan B-Complex.

Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Tepung Beras Cap Gajah Ada 3 Tau!

Alhamdulillah, semalam bermula puasa ganti masa bersalin kat Salahuddin. 20hari kena ganti. Huhu. Bila puasa, automatik saya jadi rajin. Rajin nak buat kuih muih. Gaya macam terror, tapi tak pun. Hehe.

Semalam bukan main bercadang nak buat cucur jawa, ambik resepi Mak. Akhirnya, tak menjadi pun. Anak2 komen, '..tak jadi sikit je..'. Pandai sungguh anak2 ambik hati. Hehe. Nak tunjuk rupe cucur jawa saya memang tak la. Jauh pemanggang dari api. Hahaha.

Mak kata buat cucur jawa ni tak boleh silap sikit, nanti lain rupanya. Tak boleh terlebih manis, tak leh tercair, api tak terpanas, minyak tak boleh lebih, macam2 la. Kiranya orang yang selalu buat je boleh agak2. Tepung beras jenama lain2 pun, bancuhan tu berubah. Mak Put guna tepung cap bunga ros.

Ada kawan saya kongsikan tips pagi tadi tentang cap2 tepung beras yang ada dan sesuai untuk ape. Cap gajah pun macam2 gajah ada tau!


Cap 5 Gajah, sesuai untuk buat isi laksa sebab hasilnya lebih kenyal.


Cap 3 Gajah pulak sesuai untuk kuih koci, nampak lebih berkilat. Boleh jugak untuk apam beras yang jenis lama tu, cicah kelapa parut tu.


Cap 1 Gajah, jenis ni untuk goreng2an macam pisang goreng, cempedak goreng lebih rangup guna tepung ni.


Cap Teratai, yang ni sama macam Cap 1 Gajah. Sesuai untuk goreng2.

Lepas ni boleh la beli ikut keperluan masakan kita. Semoga bermanfaat :)
Continue Reading

7 Fakta Penting Mengenai Kanser Serviks


Kawan-kawan pernah buat ujian 'pap smears' tak? Alhamdulillah, saya pernah menjalani ujian 'pap smears' sebelum ni. Mulanya takut jugak, hehe. Lepas dah selesai baru lega. Tapi, selepas bersalin kat Salahuddin, belum buat pun lagi. JM duk tanya jugak bila nak buat temujanji, hehe. Malu tapi bahaya tau kalau tak pernah buat ujian ni sebab kanser serviks ni tak de tanda2 awal. Siapa yang tak pernah buat dan tak bimbang, boleh baca ni, saya salin daripada pemplet dapat di klinik.

1. Kanser serviks berlaku apabila sel-sel malignan berubah di dalam dinding serviks.

2. 99% kes kanser serviks disebabkan oleh Human Papillomavirus (HPV).

3. 70% daripada kes-kes kanser serviks disebabkan oleh HPV-16 dan HPV-18.

4. Jangkitan HPV sangat lazim berlaku. Ia menjangkiti 1 dalam 2 orang dewasa yang aktif secara seksual.

5. Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini akan pulih sendiri. Dalam sesetengah kes, virus HPV boleh kekal di dalam tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam serviks wanita yang dijangkitinya.

6. Risiko menghidap kanser serviks adalah lebih tinggi bagi wanita yang merokok, mempunyai lebih daripada seorang pasangan seksual, pernah dijangkiti penyakit berjangkit seksual dan mempunyai sistem imun yang lemah.

7. Wanita yang menghidap kanser serviks dan pra-kanser pada peringkat awal biasanya tidak mengalami sebarang gejala. Biasanya gejala bermula apabila sel kanser menjadi ganas dan merebak ke dalam tisu yang berdekatan. Apabila ini berlaku, gejala yang paling lazim berlaku ialah:

i. Pendarahan yang tidak normal dari faraj seperti pendarahan selepas melakukan hubungan seksual, selepas menopaus, berlaku antara kitaran haid, dan mempunyai haid yang lebih lama atau lebih banyak dari biasa.

ii. Pengeluaran lelehan yang tidak normal dari faraj – ia mungkin bercampur darah dan keluar antara kitaran haid atau selepas menopaus.

iii. Rasa sakit di faraj ketika melakukan hubungan seks.

Jangan tunggu lagi, sila dapatkan maklumat lanjut dengan klinik-klinik berdekatan. Semoga kita dalam peliharaanNya.

Continue Reading