Sebab Senarai Semak Ni La Saya Buat Detoks!


Sejak melahirkan anak ke-4, saya perasan banyak perubahan pada diri saya. Antaranya;

- Rambut gugur melebihi fasa biasa. Normal kalau rambut gugur selepas 4 bulan bersalin tapi berlarutan sehingga anak dah berumur setahun. Yang pelik, sangat banyak berbanding pengalaman lepas.

- Gatal sana sini pada badan. Dulu jarang sangat nak gatal2 ni. Tapi sekarang gatal dan sensitif. Berbekas sana sini. Cuba macam2 tak menjadi.

- Lemau. Yang ni memang nampak sangat. Mudah sangat terlena, terlajak jam pulak tu. Masa buat keje tak rasa letih. Tapi bila dah rehat, baru tau flat sangat. Bangun pagi tak segar.

- Tak berkesan sangat amik vitamin dan suplemen. Ambik dan tak ambik macam sama je. Orang Kedah kata macam tak lut pun makan vitamin!

- Kulit muka saya makin teruk. Huwa..berminyak, berjerawat, berjeragat bagai. Nak nangis tengok.

- Sistem penghadaman dah ting tong. Perut pun sentiasa berangin. Kadang2 solat 2 kali sebab angin kus2 datang. Hahaha.

Sehingga la diperkenalkan Set Detoks dari Shaklee bulan Jun yang lalu. Bila baca senarai semak ni, saya perasan banyaknya saya punya 'tick'. Terdetik di hati, saya perlu buat sesuatu. Umur pun dah 31tahun.

Dah lama join group support detoks Shaklee, tapi lama untuk saya kumpul kekuatan, hehe. Konon sayang nak tinggal makan sedap2 masa cuti, puasa dan raya.Hingga ketemu Syawal yang lalu, saya nekad untuk jalankan detoks raya, itupun batch kedua saya join. Almaklum kan, raya kan makan macam2. Hehe.

Alhamdulillah, berjaya menjalankan misi 7hari detoks raya. InsyaAllah, akan ada lagi detoks raya haji.

Jom!

--

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

Set Hamil Shaklee

Alhamdulillah, ramai dah kawan2 yang hamil. Sama ada kali pertama, kedua atau seterusnya. Pastinya setiap ibu hamil mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran fizikal dan pertumbuhan otak yang sempurna. Bukan sahaja kesihatan anak dalam kandungan dititikberatkan, malah kesihatan ibu hamil sendiri perlu dijaga dengan baik. Anak yang sihat lahir daripada ibu yang sihat. InsyaAllah, set hamil Shaklee memenuhi kesemua keperluan ibu hamil dengan rangkaian produknya.

Anda boleh memilih salah satu antara 3 set berikut;

Set Hamil BASIC
Harga Runcit: RM 297. Klik di sini untuk dapatkan harga ahli (JIMAT 15%) 

1. Vita-Lea with Iron Formula

Multivitamin yang lengkap untuk keperluan badan yang menyamai nutrisi 40 jenis lauk pauk. Mengandungi Zat Besi, membantu membentuk sel darah merah untuk mengelakkan low HB dan anemia.

*Untuk kegunaan 2 bulan.

2. B-Complex with Folic Acid

Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang PERLU untuk tubuh. Menukarkan makanan kepada tenaga, membantu melawan tekanan dan stress, juga menggalakan pertumbuhan bayi yang sihat dan normal. Lengkap dengan asid folik untuk mengelakkan Spina Bifida pada bayi.

*Untuk kegunaan 4 bulan.

3. SR Vita-C Plus

Membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan bagi meningkatkan imunisasi pada tubuh ibu yang biasanya berkurangan apabila hamil. Bekalan vitamin C yang mencukupi merangsang penyerapan zat besi dan asid folik. Bantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.

*Untuk kegunaan 6 bulan.

4. OsteMatrix

Mengandungi Kalsium serta mineral lain untuk tulang dan gigi ibu. Apabila hamil, Kalsium dalam badan ibu akan dibekalkan kepada bayi. Jadi ibu perlu mendapatkan kalsium yang cukup dari pemakanan seharian iaitu 1000mg sehari. Kekurangan Kalsium ketika hamil boleh menyebabkan sakit pinggang, kejang kaki dan sembelit.

*Untuk kegunaan 1 bulan.

Set Hamil POPULAR
Harga Runcit: RM 447. Klik di sini untuk dapatkan harga ahli (JIMAT 15%)

5. ESP - Soy Isolated Protien Powder

Protein soya yang tidak diubah genetiknya (Non-GMO) untuk bekalan protein berkualiti untuk membekalkan tenaga berpanjangan buat ibu dan sangat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Juga bantu kurangkan risiko diabetes dan darah tinggi.

*Untuk kegunaan 1-2 bulan.

Set Hamil OPTIMUM
Harga Runcit: RM 583. Klik di sini untuk dapatkan harga ahli (JIMAT 15%)

6. OmegaGuard

Minyak ikan dari dasar laut (bebas pencemaran merkuri) yang telah melalui 3 kali proses penyulingan untuk memastikan kualiti yang tinggi. Mengandungi % EPA dan DHA tertinggi berbanding jenama minyak ikan yang lain. Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf serta penglihatan yang baik untuk bayi dan mengelakkan premature delivery. (Boleh mula ambil pada Trimester Kedua).

*Untuk kegunaan 1-3 bulan.

--

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading

OsteMatrix Bantu Kurangkan Kaki Kejang


Dulu masa mengandung, saya pun macam ibu-ibu lain jugak. Mesti mengalami masalah kejang kaki. Ada orang panggil simpul biawak, ada yang panggil tarik mengkarung, atau bahasa omputihnya leg cramps. Ahaks!

Datang je malam, takut2 nak tidur. Teringat kaki yang kejang malam tadi tak hilang lagi sakitnya. Adoi..kaki tegak semacam je. Kesan sakit agak lama lak tu sementara nak hilang. Biasa jadi kejang ni kalau hujan, sejuk2 memang seriau semacam nak tidur. Hahaha. Tak pun siang tadi berjalan tak ingat dunia.

Malam nanti hadap la kejang, rasa macam nak sepak je dinding sebelah katil. Hahaha. Sekali jerit, mau terkejut tok laki kat sebelah. Ha kau, dah sakit kan, mau tak jerit!

Itu dulu..

Sekarang mimpi ngeri tu saya dah tak alami sejak saya mengandungkan anak ke-4. Kali ini saya ambil OsteMatrix di samping suplemen hamil yang lain secara konsisten sepanjang kehamilan. Setiap malam, sebelum tidur saya akan pastikan dah ambil 4biji OsteMatrix. Alhamdulillah, kejang kaki tiada lagi. Seingat saya 1@2 kali sahaja saya diserang kejang kaki, gara2 saya terlupa ambil OsteMatrix sebelum tidur. Kalau berjalan jauh atau travel jauh pun dah tak de kejang kaki lagi.

Alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah dah takdirkan saya kenal dengan produk Shaklee ni. Tak boleh bayangkan keadaan hamil sebelum kenal Shaklee yang dulu2. Kejang kaki la, sakit pinggang la, lenguh2 la, sembelit la. Kini keadaan bertambah baik, dan sekarang anak ke-4 saya pun dah berusia setahun lebih.

Jadi atas rasa gembira saya nak kongsi juga kegembiraan ini dengan orang lain sebab saya pasti semua pun nak amik Shaklee! Tak mo dengar dah sakit sana sini k!

--
Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Continue Reading