Ibu Hamil dan Tekanan Darah Tinggi

Pernah tak mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil? Bila baca artikel ni, teringat masa Kak Put mengandungkan Syahmi dan Salahuddin. Tekanan darah Kak Put naik di penghujung kehamilan. Walaupun tak tinggi sangat tapi masa Syahmi tu siap naik ambulan la jugak dari klinik. Hehe.

Klik untuk view lebih jelas.
Nampak macam remeh, tapi sebenarnya sangat bahaya kalau dibiarkan tanpa pemantauan. Boleh timbul implikasi lain yang lebih bahaya seperti sawan tarik dan strok. Bahaya untuk bayi dan ibu tau!

Alhamdulillah, lepas bersalin tekanan darah kembali normal. Tapi Kak Put dinasihatkan untuk berjaga2 jugak. Makan kena jaga, tidur dan rehat pun kena cukup, kira pakej healthy lifestyle la. Pernah jumpa doktor sebab kalau tak jaga semua ni memang tekanan darah Kak Put akan naik. Biasa doktor suruh balik rehat dan lepas 3 hari kalau tak baik boleh datang balik jumpa doktor.

Antara pesanan dan info yang Kak Put masih ingat;

  • tekanan darah naik di penghujung kehamilan ni mungkin sebab ibu tak cukup tidur dan rehat, banyak fikir itu ini.
  • kenapa anak ke 3 dan 4 baru ada, bukan dari anak sulung? Mungkin sebab usia dah meningkat.
  • tekanan darah tinggi semasa hamil lebih berisiko untuk kekal selepas bersalin berbanding GDM (diabetes semasa hamil).

Lepas bersalin, cerita Syahmi dan Salahuddin agak berbeza. Masa Syahmi tu Kak Put perlu monitor tekanan darah sehingga 6minggu, lepas tu baru tekanan darah stabil. Alhamdulillah, masa Salahuddin hanya 2 minggu je. Masa Syahmi Kak Put lepas bersalin baru belajar consume Shaklee, tapi masa Salahuddin Kak Put dah ikhtiar dari masa pregnant lagi.

Masa mengandungkan Salahuddin, tekanan darah Kak Put mula menunjukkan bacaan yang kurang cantik masa trimester kedua. Dari situ Kak Put mula mengambil Garlic Complex secara konsisten. Alhamdulillah, bacaan tekanan darah kembali normal tetapi bacaan HB terjejas kerana pengambilan Garlic Complex tersebut.

Masa tu Kak Put memang tak tau kesan pengambilan Garlic Complex. HB agak banyak turun tapi masih atas paras yang normal. Sehingga lah dah bersalin Salahuddin, dah umur berapa ntah baru la Kak Put tau punca sebenar. Kalau nak baca cerita lama tu, boleh baca kat sini.

Jadi, siapa yang hamil biasa dah tak rekomen ambik Garlic Complex melainkan terpaksa sebab asyik mengalami lelehan pada faraj dan juga pastikan HB sentiasa tinggi. Kalau turun, insyaAllah tak rendah sangat. Kalau HB tak cantik, memang tak rekomen.

Tu serba sedikit pengalaman Kak Put sendiri, 2 kali hamil dan pengalaman juga berbeza walaupun mengalami tekanan darah tinggi dalam range yang tak jauh beza. Ada lagi ramai ibu2 yang lebih bahaya keadaannya daripada Kak Put. Ada yang mengalaminya sejak dari awal kehamilan. Bak kata doktor, kadang tak tau pun punca tekanan darah ni naik.

Apa2 pun keadaan kita, kena dengar nasihat doktor. Rehat kena cukup, makan kena jaga. Ubat pun dibekalkan mengikut keadaan ibu hamil. Ada yang dibekalkan ubat khas, ada yang hanya kawal dan pantau sendiri.

Ikhtiar lain, boleh ikut cadangan Dr. Mohamed Rafi dalam artikel tadi. Antara suplemen yang dicadangkan adalah Omega-3 dan Kalsium & Magnesium. Omega-3 membantu melancarkan perjalanan darah manakala Kalsium & Magnesium bergandingan untuk bantu ringankan stres dan despresi serta membantu tidur yang lena.

Kalau dalam produk Shaklee, Omega-3 boleh dapatkan daripada OmegaGuard dan Kalsium Magnesium boleh dapatkan dalam OsteMatrix ;)

Berikut antara manfaat OmegaGuard dan OsteMatrix untuk ibu hamil mengidap tekanan darah tinggi:

Antara manfaat lain OsteMatrix kepada wanita

Antara manfaat OsteMatrix Shaklee adalah:

  • membantu meringankan stress
  • mengimbangi tekanan darah
  • memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf
  • menggalakkan tidur yang lena
  • memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing, sakit kepala

*Dapatkan koleksi Feedback OsteMatrix kepada ibu hamil dan bersalin di sini.

Antara kebaikan lain Omega-3 kepada ibu hamil
Fungsi utama OmegaGuard Shaklee adalah:

  • mencegah penyakit salur darah dan stroke
  • DHA dan EPA boleh menentang thrombosis
  • menuruankan tekanan darah tinggi
  • melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • mengelak ketegangan leher atau sakit kepala
  • merendahkan kolesterol
  • menghindar pembekuan darah di dalam badan
  • mengawal masalah obesiti
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
Topik berkaitan: Set Hamil Shaklee

--

Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)

~ Always Caring, Always Here!


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)