9 Tip Mulakan Tahun Baharu Dengan Gaya Hidup Sihat!


Tahun baharu muncul lagi, "Selamat Tahun Baharu 2019", semua :). Pastinya ramai yang menyusun azam baru termasuk "Azam untuk Kurus" yang sentiasa menjadi azam utama. Terutama golongan wanita, hehe.

Berazamlah untuk sihat, insyaAllah kurus akan datang kemudian. Berazam untuk sihat adalah lebih praktikal kerana boleh dilaksanakan berpanjangan. Bagi yang baru mencuba, inilah masa terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru dan berazam untuk memulakan kehidupan yang lebih sihat.

Pastinya untuk mencapainya memerlukan usaha yang lebih daripada hanya melalui pemakanan yang sihat tetapi yang amat penting adalah mendapatkan nutrien yang betul dan mengubah gaya hidup kita yang kurang sihat. Ini merupakan kunci dalam mencapai keazaman.

Di sini terdapat beberapa tip untuk membantu anda mencapai azam dan mengekalkan kesegaran!

1. Menggabungkan Sumber Protein Sihat ke dalam Diet Harian

Protein penting bagi satu diet yang sihat. Protein adalah seperti blok yang membina tubuh kita, seperti batu bata yang membina rumah kita. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. tetapi awas, protein yang berasal haiwan mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi!

Protein daripada bukan daging seperti soya merupakan pilihan protein terbaik. Protein soya sama dengan protein daripada daging, ayam, ikan atau pelbagai jenis telur. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Kajian juga membuktikan protein soya membantu mengurangkan kolesterol LDL.

Baca Juga: 5 Tips untuk Bantu Anda Pilih Sumber Protein yang Betul


2. Pemakanan Lengkap

Sahut kempen Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, insyaAllah kita akan memperoleh nutrien yang seimbang. Mudah sahaja, suku karbohidrat, suku protein dan setengah sayur dan buah. Dan jangan lupa kurangkan garam dan gula dalam pemakanan harian.

Makan pelbagai jenis makanan dapat menbekalkan tubuh kita dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum, tetapi bukan mudah. Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan anda mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga. Multivitamin umpama pelengkap kelompongan nutrien.

Baca Juga: Vita-Lea® Iron Formula: Nutrien Penting untuk Kesihatan Optimum


3. Vitamin B

Vitamin-vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Selain itu, vitamin B sangat baik untuk membaiki mood. Natural anti-stress :)

Pengambilan asid folik (Vitamin B9) yang mencukupi juga amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu bagi terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan.

Baca Juga: B-Complex: Lengkap dengan Kesemua Lapan Vitamin B


4. Vitamin C

Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta keseluruhan badan.

Baca Juga:

Kredit: https://gundrymd.com/polyphenol-guide/

5. Tambahkan Resveratrol dan Polyphenols

Kajian telah menemui yang penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet anda dapat membantu untuk menggalakan penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

Baca Juga:


6. Aktifkan Diri

Bersenam secara teratur merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu anda mengekalkan berat badan dan mengelakkan anda diserang daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi dan


7. Belajar Mengurus Tekanan dalam kehidupan Anda

Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung  dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu anda melegakan tekanan.


8. Elakkan Merokok dan Pengambilan Alkohol Berlebihan

Merokok dan alkohol boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang merupakan masa terbaik untuk meninggalkannya!

Baca Juga:


9. Kebersihan Kediaman Terjamin

Persekitaran yang bersih adalah amat penting selepas menjaga pemakanan dan senaman bagi mengekalkan kesihatan terutama mempunyai anak yang masih kecil. Mereka perlukan 'perlindungan' yang selamat. Pemilihan produk organik, tidak mempunyai bahan kimia berbahaya dan eco-friendly antara usaha mengekalkan kediaman yang 'sihat'.

Baca Juga:







0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)