Siapa Yang Perlukan Vitamin C dan Kepentingannya

Siapa yang perlukan vitamin C dalam pemakanan harian? Sebenarnya kita semua memerlukan vitamin C kerana badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendirinya.

Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C atau nama lainnya asid askorbik ini juga tidak akan disimpan lama dalam badan mausia kerana vitamin C merupakan salah satu vitamin larut air. Vitamin C juga penting untuk pelbagai fungsi badan.

Antara golongan yang perlukan vitamin C dan apa kepentingan kepada kita adalah seperti di bawah ini:

1. Selesema dan Vitamin C



Kerap sakit atau selesema adalah salah satu tanda daya tahan badan yang tidak kuat. Kemungkinan perisai imunisasi dalam badan belum cukup kebal. Di sini lah peranan vitamin C menguatkan sistem imunisasi badan untuk bantu lawan jangkitan dan penyakit.

Terdapat kajian menunjukkan vitamin C dapat mengurangkan tempoh dan keterukan simptom selesema disebabkan sifatnya yang antioksida dan peranannya merangsang pelbagai aspek fungsi imun. (Hemilia, H., 1994)

2. Penyembuhan Luka dan Vitamin C



Vitamin C antara nutrien utama yang baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan kecederaan di samping melawan jangkitan kuman.

3. Mempunyai Kulit Kusam


Imej Dari She
Kulit muka yang kusam merupakan salah satu tanda penuaan. Ambil vitamin C dalam memainkan peranan penting pembentukan kolagen, mengurangkan kedutan dan tompok penuaan serta membantu memberikan tona kulit yang lebih cantik.

4. Ibu yang Hamil dan Vitamin C


Imej Dari Taste of Home
Selain sebagai sistem imun kepada ibu dan bayi untuk melawan penyakit, vitamin C sangat baik sebagai agen penyerapan zat besi yang diperlukan oleh setiap ibu hamil untuk pembentukan normal sel darah merah dan hemoglobin. Kekurangan vitamin C juga meningkatkan risiko kelahiran pra matang dan eklampsia.

5. Ibu Dalam Pantang dan Vitamin C

Imej Dari Sirap Limau
Imun sistem bagi ibu bersalin adalah rendah. Pengambilan vitamin C dapat menghalang jangkitan kuman di samping membantu dalam penyembuhan luka luaran ataupun dalaman. Vitamin C juga dikatakan dapat membantu menaikkan seri wajah semasa berpantang.

Baca Juga: Entry TMA 1

6. Ibu Menyusukan Anak dan Vitamin C

Imej Dari Medela
Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan menyokong penghasilan sel imun serta meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan jangkitan dan penyakit.

Satu kajian menunjukkan ibu menyusu yang mengambil vitamin C mempunyai konsentrasi vitamin C pada bayi. Oleh itu, bayi-bayi tidak mengalami kekurangan vitamin C serta mendapat manfaat yang sama seperti ibu mereka.

Baca Juga: Entry TMA 2

Alhamdulillah, itulah antara golongan yang perlukan perhatian pengambilan vitamin C. Banyak lagi golongan yang memerlukan vitamin C. Seperti yang Kak Put bagitahu awal penulisan tadi, kita semua memerlukan vitamin C kerana vitamin C tidak dihasilkan sendiri oleh badan kita, malah tidak boleh disimpan!

Jadi, kita perlulah sentiasa mengambil vitamin C dalam pemakanan dan suplemen yang kaya dengan vitamin C.

Baca Juga: Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

--

Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)