6 Tips Sihat Minda Untuk Persediaan Kembali ke Sekolah 2020


Bagaimana persediaan ibubapa apabila anak bakal kembali ke sekolah tahun 2020 nanti? Semoga semua persiapan dan keperluan anak-anak telah dibeli dan disediakan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan bakal dibuka. Manfaatkan tahun baharu yang sangat bersemangat!

Selain menyediakan keperluan dan kelengkapan sekolah, ibu bapa turut tidak lupa untuk menyediakan keperluan minda anak-anak supaya kesediaan mereka melalui proses pembelajaran berjalan dengan baik.

Dengan berbaki beberapa hari lagi, bolehlah kita mula kembali rutin asal supaya anak dapat menyesuaikan diri dengan baik, lebih fokus dan kurang meragam. Cuti sekolah yang panjang sedikit sebanyak telah mengubah beberapa rutin dan displin yang biasa diamalkan sepanjang tahun.

Antara tips sihat minda untuk persediaan anak-anak kembali ke sekolah adalah seperti berikut:

1. Rutin Tidur Awal



Melatih kembali anak-anak tentang rutin tidur awal untuk mengelakkan mereka daripada meragam sekaligus dapat melatih mereka memulakan rutin tidur yang konsisten. Dicadangkan tidur seawal jam 9-10 malam untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Tidur yang mencukupi akan mengurangkan potensi terlewat bangun tidur dan 'ribut pagi' kerana ibubapa terpaksa menghadapi 'drama pagi' anak-anak. Ingat, semua bermula dengan tidur, termasuk ibubapa!

Tidur yang mencukupi akan memberi kebaikan kepada fungsi otak, perhatian, dan sistem memori anak. Diketahui juga bahawa sel tubuh diperbaiki dan berkembang ketika anak tidur. Kajian juga menunjukkan bahawa otak kanak-kanak berfungsi lebih baik dengan rutin waktu tidur yang konsisten.


2. Ambil Sarapan Pagi



Tidur yang baik juga menjadikan pagi anak yang baik. Justeru, jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi yang baik dan berkhasiat. Mulakan pagi anak dengan pengambilan protein baik, buah-buahan, kalsium atau hanya gocangkan sahaja Meal Shakes bersama buah-buahan untuk tenaga tambahan.

Sarapan adalah penting bagi memastikan anak sentiasa bertenaga untuk menjalankan aktiviti di sekolah kerana tidak mengambil sarapan akan menyebabkan anak lesu dan mengantuk. Ini akan menganggu fokus dan tumpuan dalam kelas.

Keadaan ini akan menjejaskan prestasi anak di sekolah. Tidak mahu bukan?


3. Pilih Makanan Sihat



Kita telah menjalankan tanggungjawab yang baik dengan menyediakan sarapan buat anak-anak. Tapi pastikan semuanya makanan yang sihat dan berkhasiat. Usaha anda tidak terhenti di sini!

Makanan yang disediakan di kantin sekolah kita tidak ketahui sama ada mengandungi perasa dan pewarna tiruan yang tidak sihat untuk tumbesaran kanak-kanak. Jadi apa kata luangkan sedikit masa setiap pagi dan siapkan bekal anak anda dengan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Jika tiada kesempatan, boleh sediakan bekal tambahan seperti buah-buahan sebagai snek.

Elakkan atau kurangkan makanan yang diproses, gula tambahan, garam yang tinggi, mengandungi bahan berwarna tiruan, berperisa dan sebagainya. Aditif makanan tertentu telah dikaitkan dengan tahap hiperaktif anak-anak.


4. Nutrien Tambahan



Sesetengah anak agak cerewet dalam pemilihan makanan. Ini akan menjejaskan keperluan nutrien harian mereka. Cara terbaik memastikan anak-anak mendapat sumber vitamin dan mineral yang cukup selain daripada pemakanan sihat dan seimbang adalah dengan memberikan suplemen tambahan.

Kita perlu memastikan anak-anak mendapat nutrien yang mencukupi dengan mengambil multivitamin harian seperti Vita-Lea for Children. Ia lengkap dengan 19 vitamin dan mineral termasuklah kalsium, magnesium dan banyak lagi yang menyokong kesihatan tulang dan gigi.

Selain itu, pengambilan vitamin C yang terdapat dalam Chewable C Plus menyokong sistem imun yang kuat kepada anak-anak. Tidak kurang juga keperluan minyak ikan omega-3 (terutamanya DHA) dalam OmegaGuard pula adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak anak-anak.

Topik Berkaitan: Set Kesihatan Kanak-Kanak Shaklee


5. Kurangkan Penggunaan Skrin



Pada musim cuti sekolah, kelonggaran masa untuk menonton televisyen, penggunaan telefon pintar sering diberikan oleh ibu bapa. Biasanya kelonggaran ini beserta dengan syarat-syarat tertentu seperti mengemas rumah, menyidai pakaian, melipat pakaian, atau membersihkan tandas.

Televisyen, komputer, tablet dan telefon pintar merupakan sebahagian jenis skrin yang sentiasa terdedah kepada anak-anak zaman sekarang. Terdapat kajian melaporkan bahawa secara purata lapan jam anak-anak menghabiskan masa bersama skrin sehari. Ini bukanlah angka yang sihat kepada anak-anak kita.

Ibu bapa disarankan untuk menghadkan masa penggunaan skrin pada malam persekolahan kepada 2 jam sehari atau hanya beri kelonggaran semasa cuti hujung minggu. Pendedahan kepada skrin secara berlebihan akan memberi kesan terhadap mata seperti penglihatan kabur, mata kering, rabun jauh dan kerosakan saraf mata.

Pendedahan skrin yang terlalu lama juga akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan dan prestasi pembelajaran anak-anak seperti menganggu fungsi otak dan mengakibatkan mudah hilang tumpuan dalam kelas. 

Topik Berkaitan: Gajet, Kanak-Kanak dan Otak


6. Kekal Aktif
Jadual harian yang padat di sekolah mungkin menyebabkan otak anak-anak kepenatan. Tumpuan yang penuh telah diberikan sepanjang persekolahan. Kita perlukan aktiviti untuk melepaskan penat dan tekanan ini.

Waktu petang yang tenang boleh diselitkan untuk bermain bersama anak-anak di luar rumah. Hanya perlukan 15-20minit sahaja sehari. Galakkan mereka bergerak aktif untuk kekuatan tulang dan otot supaya badan dan minda mereka kekal sihat dan cergas selain meningkatkan sistem imuniti.

Sesi riadah merupakan satu terapi yang bagus untuk otak anak-anak. Keadaan ini juga membantu mereka tidur dengan lebih baik, mempunyai keyakinan yang lebih tinggi, kemahiran berfikir yang lebih baik, dan meningkatkan mood mereka.

Perasan tak? Jika hari ini kita berpeluh kerana beriadah, badan kita terasa ringan untuk bangun tidur esok pagi, tidak lesu dan lebih bersemangat. Badan cergas, minda cerdas!

Semoga tulisan ini dapat memberi manfaat buat semua pembaca. Selamat kembali ke sekolah!


2 comments:

  1. Yang no 1 tu, anak² belum dapat tidur pada waktu yang sama. 😥 stress sangat.

    Yang no 5, si kecik Amsyar belum berjaya untuk bebas hp 😌

    Tq Kak Put share

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)