Cara Mencegah Demam Denggi Semasa Wabak Covid-19

by - June 21, 2020


Cara Mencegah Demam Denggi Semasa Wabak Covid-19 | Belum lagi kita reda dengan kehadiran virus Covid-19, kita terima berita yang tidak boleh dipandang remeh apabila laporan kes demam denggi yang meningkat tinggi baru-baru ini. Seramai 88 orang meninggal dunia akibat sejak Januari hingga 13 Jun yang lalu. Apa yang membimbangkan ialah denggi juga tiada vaksin seperti Covid-19. Jangan lupa pembawa virus ini, si nyamuk bernama Aedes. 'Beliau' juga pembunuh kecil yang berbahaya.
Berdasarkan laporan ini, gelombang kedua kes denggi dijangka tiba. Sumber: Facebook Page Sinar Harian
Denggi adalah disebabkan oleh penularan virus denggi melalui gigitan seekor nyamuk bernama Aedes aegypti. Nyamuk jenis ini mempunyai belang putih pada badan dan kakinya yang mudah dikenali. Ia membiak dalam keadaan bersih air yang bertakung dan dan virus ini merebak apabila nyamuk menggigit orang yang dijangkiti virus. Sekiranya seseorang individu digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, demam dijangka berlaku dalam masa 4 hingga 5 hari selepas jangkitan.

"Sejak Januari hingga 13 Jun tahun ini, sebanyak 50,511 kes demam denggi dan 88 kematian telah dilaporkan, berbanding 56,819 kes dan 88 kematian pada tempoh sama tahun 2019. Jumlah kumulatif kes demam denggi pada tempoh itu kurang berbanding tahun lepas, namun sejak lapan minggu yang lepas, didapati berlaku tren peningkatan dengan purata peningkatan 8 peratus seminggu". - Dr. Adham Baba
Tanda dan Gejala Demam Denggi

Pesakit akan mengalami beberapa tanda dan gejala seperti berikut:
  • Permulaan demam secara tiba-tiba 39 ° C hingga 40 ° C demam boleh berterusan sehingga 5 hingga 7 hari
  • Sakit kepala yang teruk 
  • Sakit di belakang mata
  • Sakit badan, ruam
  • Mual atau muntah
Lindungi diri anda dan orang tersayang dari denggi.

Cara Pencegahan Demam Denggi

Seperti jangkitan virus yang lain, tidak ada rawatan atau ubat khusus untuk virus denggi. Malangnya, tidak ada cara untuk mengetahui nyamuk yang mana satukah yang membawa virus denggi tersebut. Oleh itu, langkah pencegahan dan pencegahan harus diambil untuk mengurangkan risiko dijangkiti.

Cara 1 | Hapuskan Kawasan Pembiakan Nyamuk

Elakkan penyimpanan air bertakung di dalam dan di sekitar rumah anda. Pastikan tayar terpakai, pasu bunga dan bekas yang terbiar dibuang atau dikeringkan kerana ini adalah kawasan yang sesuai untuk pembiakan nyamuk. Mengurangkan habitat nyamuk akan membantu menurunkan populasi nyamuk dan pada masa yang sama mengurangkan penyebaran virus denggi.

Cara 2 | Gunakan Penghalau Nyamuk dan Pakai Pakaian Berlengan Panjang

Pakai pakaian berlengan dan berseluar panjang untuk menutupi tubuh sebanyak mungkin. Sekiranya anda mengambil bahagian dalam aktiviti luar, lebih baik menggunakan 'repellent'. Untuk perlindungan yang lebih baik dalam rumah, kita juga boleh menggunakan jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Topik Berkaitan: Krim Serbaguna Menggunakan Bahan Semulajadi Elak Gigitan Nyamuk Aedes

Sumber: Info Sihat

Cara 3 | Kurangkan Aktiviti Luar Semasa Waktu Puncak

Nyamuk Aedes mengigit secara aktif sebelum matahari terbit dan matahari terbenam. Oleh itu, jadualkan aktiviti luar kita dengan bijak untuk elakkan risiko digigit oleh nyamuk aedes. Kita juga dinasihatkan memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah.

Cara 4 | Tingkatan Sistem Imun Kita

Tiada ubat, rawatan atau vaksin khusus yang dapat mengubati dan mencegah virus denggi daripada menjangkiti badan anda. Oleh itu, tingkatkan sistem imun kita untuk melawan jangkitan melalui nutrien harian penggunaan.

Pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan pengeluaran sel imun dan bawang putih membantu meningkatkan aktiviti sel imun. Ekstrak tumbuhan seperti plantago biji, biji labu, Honeysuckle Jepun dan bunga Safflower terbukti dapat meningkatkan aktiviti sel imun sementara karotenoid pula menggalakkan proses pembaikan sel-sel imun. Oleh itu, pengambilan nutrien dalam diet harian kita untuk perlindungan imun yang kuat adalah sangat penting.

Topik Berkaitan: Cadangan Set Perlindungan Kesihatan Shaklee

Aktiviti Hapuskan Aedes versi Pandemik Covid-19



Sempena sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Kebangsaan  pada 15 Jun 2020 yang lalu, KKM telah melancarkan kempen baru "10 Minit Hapuskan Denggi". Mudah sahaja, hanya luangkan masa 10 minit setiap minggu untuk melakukan aktiviti membanteras tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran kediaman kita.

Menteri Kesihatan kita juga berpesan untuk kita terus melakukan aktiviti pencegahan pembiakan nyamuk Aedes walaupun kita masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Aktiviti dalam dan luar rumah ini boleh dilakukan bersama masyarakat melalui amalan normal baharu. Utamakan penjarakan sosial, memakai pelitup hidup dan mulut serta kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.

Jom, kawan-kawan 10 minit sahaja! Semoga bermanfaat =)


---
Rujukan:
1. Topik "Demam Denggi", Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Posting "Infografik: Gelombang Kedua Kes Denggi Dijangka Tiba", Facebook Page Rasmi Sinar Harian
3. Teks Ucapan Rasmi Menteri Kesihatan Sempena Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Kebangsaan 2020
4. Artikel "Keeping Dengue at Bay", Immune Health Shaklee Article

You May Also Like

2 Comments

  1. Huu bila dengar denggi. Seram. Sebab pernah merasa kena dulu. Pembawa dia kecil je. Tapi akibatnya boleh bawa maut.

    Ouh nyamuk ni ada waktu aktifnya sendiri jugak ya. Patutlah abam yang sembur² nyamuk tu dia buat belah nak ke maghrib. Matahari terbenam.

    Area rumah Ruby ni dan ruvena ni kawasan denggi tinggi dlm kawasan sepang. Huuu

    Kena ambil langkah berjaga-jaga mcm yang kak Put senaraikan diatas

    Tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..dia ada waktu aktif dia. Betul, sebab tu la yg datang sembur tu dtg dekat nak Maghrib.

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)